Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14484

Info Fesyen : Koleksi Terkini Zacheela Penuh Gaya

$
0
0
Foto - Arkib Wanista

2016 bakal melabuhkan tirai namun bagi jenama fesyen Muslimah, Zacheela, keterujaannya baru bermula. Glamorous Devotion Fashion Show 16/17 adalah pentas penuh warna bagi memeriahkan lagi industri fesyen tanah air.

Bertempat di Parkroyal Kuala Lumpur, Zacheela menampilkan lima koleksi fesyen terkini dengan 30 seleksi busana Muslimah. Menggunakan fabrik berkualiti Rasetti Silk dan Korean Polyester dengan perincian mutiara dan manik premium, koleksi eksklusif ini menyediakan 100 helai bagi setiap rekaan dan boleh didapati di butik Zacheela sahaja.

Istimewanya pada acara ini turut ditonjolkan ialah Blissful Blossom, keluaran eksklusif Zacheela. Koleksi couture edisi terhad ini mengetengahkan kombinasi polos warna peach pink yang dihiasi dengan kristal swarovski dan mutiara premium. Ia direka khas buat wanita yang ingin tampil anggun dan mahukan kelainan di majlis istimewa mereka.

Koleksi wajib dimiliki yang terdiri daripada Kurung Plain, Kurung Printed, Blouse Skirt, Cardigan, Dress dan Blouse Pants ini menyasarkan golongan belia bekerjaya yang mementingkan penampilan diri yang unik dan elegan. Menyediakan saiz XS hingga XXL, harga yang ditawarkan amat berpatutan iaitu bermula pada harga RM179 hingga RM299.

Istimewanya pada acara ini, Zacheela menampilkan aktres terkenal tanah air, Anzalna Nasir sebagai duta jenama eksklusif.

Lokasi:

Butik Zacheela
GB07,
Keramat Mall
Jalan Datuk Keramat
54000 Kuala Lumpur

Butik Zacheela
05-05-02,
Jalan Medan Pusat Bandar 8A,
Bangi Sentral,
43650 Bangi, Selangor

No tel: 03-89120848


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14484