Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14469

Viral! Teknik ‘V-Shape’ Yatie Sendayu Tinggi Masuk Laman Huda Beauty & Daily Mail

$
0
0

Rahsia-rahsia kecantikan kini sudah tidak menjadi rahsia apabila internet sudah membatasi sempadan dunia. 

Jenama kecantikan dan solekan Sendayu Tinggi sudah lazim kedengaran di negara kita. Ia diantara jenama kecantikan tempatan yang dipercayai dan menjadi pilihan wanita Malaysia. 

Yatie, pemilik Sendayu Tinggi tidak lokek berkongsi teknik-teknik solekan dan rahsia kecantikan beliau di laman Instagramnya. 

Baru-baru ini beliau telah berkongsi produk dan teknik beliau mendapatkan muka runcing atau ‘V Shape’ dan membuang dagu berlapis dengan menggunakan dua produk dari Sendayu Tinggi iaitu Collagen Facial Spray dan Shaping Gel Shaping Gel.

Siapa suka muka V Shape je sesuai tengok video ni . Collagen Facial Spray RM30.75 (ahli RM27.65 ) 👉🏻 Sembur je kat muka lepas tu tepuk2 lembut. Sementara tengah basah tu urut la ke atas. Efeknya akan buat skin kita mcm cekang / tegang sikit. Ya betul.. muka terus mcm terasa mcm kena "tarik" sikit. Sbb tu sy rajin pakai + bagi skin lg moist terutama bila kulit kering . Shaping Gel Shaping Gel RM49.80 ( ahli RM44.85 ) 👉🏻 Lepas tu sapukan sikit area yg berlemak. Diingatkan, gel ni hanya memecahkan lemak dan lebihan air je. Bukan muscle atau tulang ya. Yg ada double chin mmg bagus pakai. Insyallah tudung instant yg biasa kita sarung tu jadi longgar . Q : Adakah kesannya berkekalan ? A : Kalau konsisten buat mmg kesannya permanent. Cuma, double chin dan bentuk muka ni blh berubah pd apa yg kita makan, posisi tidur & perubahan berat badan . . Semua produk ni dari @sendayu_tinggi_online Tudung @the_hijab.co . . #tipsvshape

A post shared by makeup__beauty (@yatie_sendayutinggi) on

Menariknya, video tersebut dikongsi semula oleh Huda Kattan iaitu pengasas Huda Beauty yang mempunyai lebih dari 18 juta pengikut di laman Instagramnya. 

Ternyata Yatie sangat terkejut dengan berita tersebut dan berkongsi tentang terdapat permintaan dan belian dari luar negara. 

Foto – Instagram Huda Beauty

Jumlah tonton video di laman Instgaram Huda Beauty sehingga kini mencecah 1 juta tontonan. Malah Huda juga ingin mencuba produk dari Sendayu Tinggi bagi mendapatkan dagu dan bentuk muka yang runcing. Siapa tak nak kan? 

Tak cukup dengan itu, Yatie terpaksa pula berdepan dengan penangan dari tabloid nombor satu United Kingdom iaitu Daily Mail yang juga tertarik dengan video beliau. 

Yatie sendiri menjelaskan beliau juga terkejut mendapat email dari pihak Daily Mail dan sangat menghargai mereka kerana tidak ramai Youtuber dari Malaysia dikenali dunia. 

Penulis sendiri rasa bangga dan seronok bila jenama tempatan kita dapat dikenali ramai diluar negara. 

Apa yang boleh dicontohi dari Pengarah Urusan Sendayu Tinggi ini, beliau masih lagi merendah diri dan yang paling penting tak lokek dalam berkongsi ilmu kecantikan. 

P/s: Penulis pun pakai produk Sendayu Tinggi! 

SUMBER 1 &

The post Viral! Teknik ‘V-Shape’ Yatie Sendayu Tinggi Masuk Laman Huda Beauty & Daily Mail appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14469