
Jutawan dan Pengasas Facebook Mark Zuckerberg semalam mendedahkan bahawa keluarganya bakal berkembang di mana anak sulung perempuannya Maxima bakal mendapat adik baru.
“Kami tidak sabar untuk menyambut kedatangan ahli keluarga baru dan sehabis baik akan membesarkannya menjadi seorang wanita yang cekal,” katanya.
Anak pertama mereka, Max, menjadi tumpuan dunia tahun lalu selepas Zuckerberg memuat naik gambarnya ketika sedang mengambil suntikan imunisasi, sekali gus mencetuskan perdebatan di Facebook berhubung pengambilan vaksin.
Pengumuman itu dibuat pada hari yang sama saham Facebook mencecah AS$138.57 (RM616.80), yang meningkatkan jangkaan pertumbuhan dalam pasaran yang lebih bebas.
Majalah Forbes melaporkan Zuckerberg mempunyai nilai kekayaan sebanyak AS$57.8 bilion (RM257.2 bilion), walaupun pada 2015 beliau berjanji untuk menyumbangkan 99 peratus saham miliknya dalam Facebook kepada projek khas yang menumpukan kepada potensi dan kesaksamaan manusia.
The post Mark Zuckerberg Bakal Timang Cahaya Mata Kedua appeared first on Wanista.com.