
Dilaporkan, pasangan hebat Hollywood, Ben Affleck dan Jennifer Garner membatalkan perceraian dan berkemungkinan besar bakal merujuk kembali.
Sumber terdekat menjelaskan bahawa kedua-dua mereka berusaha untuk memperbaiki rumah tangga.
“Jen sudah membatalkan perceraian. Jen dan Ben memang masih belum bersama lagi tetapi mereka ingin memperbaiki serta diberi peluang sekali lagi.
“Mereka masing-masing saling menyayangi satu sama lain,” jelas sumber terdekat kepada Majalah People.
Meskipun mengumumkan perpisahannya dua tahun yang lalu berikutan perselingkuhan Ben dengan penjaga anak-anaknya, Ben dan Jen masih dilihat bersama. Apatah lagi akhir bulan lalu, Ben dan Jen masih bersama untuk meraikan ulang tahun anak mereka Samuel.
The post Ben Affleck & Jennifer Garner Batal Perceraian & Rujuk Semula? appeared first on Wanista.com.