Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502

Apa Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Okinawa Diet, Rahsia Hidup Lama Orang Jepun

$
0
0

Pernah dengar tentang Okinawa Diet? Diet yang bagaimana agaknya?

Untuk pengetahuan anda, Okinawa adalah sebuah pula yang terletak di Kepulauan Ryukyu, Jepun. Ia dikatakan sebagai kawasan dengan jangka hayat paling tinggi di dunia. Purata mangia hayat rakyat Malaysia ialah 75 tahun manakala Jepun ialah 84 tahun dan penduduk Okinawa berumur lebih 100 tahun adalah 5 kali ganda lebih banyak berbanding kawasan lain di Jepun.

Foto – Blue Zones

Berikutan jangka hayat yang tinggi, gaya hidup dan pemakanan masyarakat di pulau ini telah lama diperhatikan. Apa yang mereka makan, amalkan untuk hidup sihat sentiasa? Diet Okinawa mengambil perhatian terhadap semua makanan dan ramuan yang dimakan oleh masyarakat pulau itu. Bukan hanka jenis makanan, tetapi sikap dan disiplin yang dimiliki orang sana patut dipuji.

Apa Yang Mereka Makan?
Foto – Pinterest
  • Melebihkan makanan kaya dengan sahur-sayuran berwarna kuning, oren dan hijau.
  • Nasi yang menjadi makanan ruji masyarakat Jepun diganti dengan ubi keledek ungu.
  • Daging, produk tenusu dan makanan laut diambil dalam jumlah yang kecil.
  • Membanyakkan pengambilan soya dan kekacang.
  • Seluruh pemakanannya secara am adalah rendah gula dan gandum – penduduk Okinawa mengambil kurang 30% gula dan kurang 15% gandum berbanding penduduk Jepun yang lain.
Ungkapan Hara Hachi Bu
Foto – Health

Di samping diet tersebut, salah satu budaya penting yang diamalkan oleh penduduk pulau ini adalah untuk berhenti makan awal. Peribahasa hara hachi bu membawa maksud agar berhenti makan apabila perut sudah 80% penuh.

Tahukah kamu, mereka secara manta mengambil sebanyak 1,200 kalori sehari berbanding penduduk di negara lain yang kebiasaannya mengambil 2,000 kalori sehari. Walaupun jumlah kalori yang diambil adalah rendah, diet mereka dipenuhi dengan makanan berkhasiat serta bernutrisi tinggi. Sebab itu mereka masih boleh kekal sihat dan hidup lebih lama walaupun mengambil sedikit kalori.

Kalau anda nak tahu, Tun Mahathir juga mengamalkan cara Hara Hachi Bu, di mana berhenti makan apabila perut sudah kenyang. Walaupun agak susah, tapi jika disiplin nescaya hidup lebih sihat dan bermanfaat.

All The Best!

RUJUKAN : & 2

The post Apa Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Okinawa Diet, Rahsia Hidup Lama Orang Jepun appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502