Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14517

Pulau Peranginan Di Terengganu Tutup 5 Bulan Bermula Oktober

$
0
0

Melihatkan keadaan cuaca semasa yang sangat membimbangkan, kesemua pusat peranginan di sekitar Terengganu termasuk resort dan chalet yang disediakan buat para pelanconng bakal ditutup buat bermula bulan hadapan dan perkara itu disahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman.

Ini adalah bagi membuat persediaan menghadapi musim tengkujuh menjelang hujung tahun ini.

Foto -bernama.com

Dipetik daripada laporan Astro Awani, Ariffin Deraman berkata, “Bermula bulan Oktober sehingga Februari depan memang mencabar. Kami sudah berbincang dengan pengusaha dan mereka mengharapkan pelancong untuk datang tetapi keselamatan itu lebih penting”.

Sumber: cutisini.com

Ternyata kerajaan negeri sangat mengambil berat tentang isu yang berkait rapat dengan keselamatan orang awam lebIh-lebih lagi selepas beberapa insiden kecurian dilaporkan berlaku di Pulau Perhentian.

Ariffin Deraman turut mengingatkan pengusaha resort dan chalet untuk mengambil kesempatan ini menaik taraf serta melakukan kerja-kerja penyelenggaran.

SUMBER

The post Pulau Peranginan Di Terengganu Tutup 5 Bulan Bermula Oktober appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14517