Awal bulan ini diva Rihanna mengeluarkan koleksi pakaian dalam Savage n Fenty.
Paling istimewa, koleksi ini tidak terikat pada wanita bersaiz standard model sahaja tetapi juga yang plus size. Savage x FENTY menampilkan koleksi yang cukup menggiurkan dengan pemilihan fabrik berkualiti dengan permainan warna yang kreatif, bahkan menawarkan dalam semua saiz untuk set pakaian dalam biasa sehari-hari sehingga yang lebih seksi.

Debut di Minggu Fesyen New York, Rihanna mengetengahkan pilihan model yang pelbagai – wanita mengandung, berbadan besar, supermodel Gigi dan Bella, wanita kulit hitam serta pelbagai lagi, lari daripada pertunjukan fesyen biasa. Rihanna memastikan bahawa semua jenis badan diwakili dalam pertunjukan fesyennya.
Lihat seleksi koleksi Savage x Fenty




Menggiurkan tak koleksi Savage x Fenty? Kamu boleh mula window shopping, di sini www.savagex.com.
The post Rambang Mata Lihat Koleksi Bra Rihanna Savage x Fenty Yang Terlalu Cantik appeared first on Wanista.com.