Bila bicara tentang mekap, kita tidak dapat lari dengan mendapatkan yang terbaik untuk mekap asas, lebih-lebih lagi foundation. Yang mahal tak semestinya best dipakai dan yang murah tak semestinya tidak berkualiti.
Menjawab masalah wanita seperti kemerahan, tona tidak sekata malah mekap bercapuk, dUCk Cosmetics melahirkan bayi baru ‘All Covered Make-Up Foundation’. Dicipta untuk wanita memulakan hari dengan keyakinan, yakin bahawa asas anda akan kekal, yakin bahawa anda telah melangkah sebaik mungkin uituk mengharungi hari-hari.

All Covered Make-Up Foundation dibuat untuk kombinasi kulit berminyak dan kering. Diperkaya dengan Vitamin C untuk perlindungan cahaya matahari dan Vitamin E membantu menghalang kedutan serta tidak mengandungi paraben yang mengerikan. Formula seperti mousse mewah tidak terasa berat dan mudah dicampur pada kulit. Satu pam penuh diperlukan untuk mencapai rupa yang sempurna, sesempuna di dalam gambar.
Terdapat dalam enam warna yang berbeza, ia direka untuk melengkapkan warna-warna kulit yang matang dan neutral dari Asia. Sama ada kuning, emas atau neutral, adalah penting untuk mengenal pasti kulit untuk mendapatkan warna yang betul, mengelakkan perubahan warna dan menghalang kulit anda dari kelihatan kelabu, kusam dan membosankan. All Covered Make-Up Foundation menyediakan liputan sederhana ke liputan penuh bergantung kepada cara pemakaian.

Dijual pada harga RM115, dan boleh didapati di dUCk Cosmetics, Pavilion Kuala Lumpur dan Suria KLCC dan juga di semua butik FashionValet dan secara atas talian www.fashionvalet.com.
Agaknya berbaloi ke beli foundation dUCk Cosmetics yang berharga RM115 ini? Hurmmm belum cuba belum tahu!
The post Berbaloi Ke Pakai Foundation Duck Cosmetics Yang Berharga RM115 Ni? appeared first on Wanista.com.