Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502

Comelnya! Tony Moly Hasilkan Koleksi Mekap Samyang Untuk Peminat Ramen Pedas

$
0
0

Rasanya semua orang kenal dengan jenama ramen Samyang yang hadir dengan pes cili pedas berapi ini. Ternyata, Samyang berjaya menarik perhatian individu di sleuruh dunia dengan keunikan rasa mee segeranya dan terkini telah diilhamkan dalam bentuk kosmetik pula!

Jenama kosmetik dan barangan kecantikan Korea tidak pernah mengecewakan kerana sering tampil dengan paket dan kotak pembukungsan yang comel belaka.

Bedak kusyen Samyang x TonyMoly yang hadir dengan cecair bedak refill -dibungkus dalam paket pes cili Samyang. Sumber: Tony Moly

Seperti Tony Moly, ilhamnya kain eksentrik apabila menyunting jenama ramen popular itu untuk menghasilkan koleksi mekap edisi terhad yang terdiri dari bedak kusyen, pelembap bibir, pemerah pipi dan pewarna bibir jenis lip tint.

Tonton Youtuber Mencuba Koleksi Mekap Samyang x TonyMoly

Rata-ratanya berasaskan pembungkusan yang berupa paket Samyang… lip tint dan pemerah pipi dibungkus dalam paket samyang berperisa Cheese, Karbo dan Hot Chicken. Manakala, bedak kusyennya pula dibungkus dalam paket Samyang berbentuk cawan yang turut didatangkan bersama sebilah sikat -dibungkus dalam kertas pembungkus chopstik. Menarik sangat kan?!

Lip tint Samyang x TonyMoly hadir dalam dua warna pilihan yang berasaskan rona merah dan jingga terang. Sumber: Tony Moly

Secara teknikalnya, kesemua koleksi Samyang x TonyMoly ini hanya dijual dan diedarkan di semua gedung dan kaunter Tony Moly sekitar Kore sahaja. Namun, andainya kamu masih berminat, boleh juga mencuba nasib mendapatkannya menerusi gedung atas talian Shopee.

Pelembap bibir Samyang x Tony Moly. Sumber: Tony Moly

Harga untuk setiap satu unit dari koleksi Samyang x TonyMoly Hot Edition ini adalah tidak melebihi RM70.

Pemerah pipi Samyang x TonyMoly hadir dalam dua rona pilihan termasuklah merah jambu samar dan merah pekat. Sumber: Tony Moly

Samyang adalah jenama ramen yang mula diperkenalkan pada 2012 sebelum menjadi menu mee segera paling pedas beberapa tahun sudah berikutan fenomena Samyang Challenge dan Mukbang dalam kalangan yang banyak dimuat naik menerusi platform media sosial sepeerti Instagram dan Youtube.

RUJUKAN 1, 2, 3

The post Comelnya! Tony Moly Hasilkan Koleksi Mekap Samyang Untuk Peminat Ramen Pedas appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502