Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14509

Patut Murah! Doktor Tegas Bahaya Pakai Pinggan Mangkuk Viral

$
0
0

Sebagai individu yang dinamakan perempuan, dari kecil kita memang mudah tertarik dengan objek-objek yang cantik. Sama juga dengan pinggan mangkuk yang viral ini.

Dijual pada harga borong yang sangat murah, corak cetakannya yang berwarna-warni dan disertai pelbagai motif berjaya membuakkan nafsu para kaum hawa untuk tidak berasa ragu-ragu berhabis wang untuk mendapatkannya.

Harga yang ditawarkan bermula serendah RM3 hingga RM50, cawan, mangkuk sup, pinggan, piring, pinggan lauk-pauk, semuanya dihiasi ilustrasi mewah membuatkan kita fikir adalah sangat berbaloi untuk memiliki set pinggan mangkuk tersebut pada harga mampu milik.

Tonton Video Cara Pinggan Seramik Dicetak Menggunakan Mesin & Dakwat Khas

Namun disebalik kemewahan itu, terdapat impak yang khabarnya bisa menjejaskan kesihatan di pengguna kalau terlalu asyik menggunakan pinggan mangkuk viral ini. Wanista senaraikan bahaya yang menanti kalau kamu masih berdegil.

Kimia Terkandung Dalam Perwarna Seramik

Mengikut penjelasan Pensyarah Kanan Jabatan Kimia Universiti Malaya, Dr Nor Asrina Sairi, kebanyakan pinggan mangkuk, piring atau gelas yang mempunyai warna dan kemasan cantik seperti ini mempunyai kandungan logam berat plumbum (lead) dalam penghasilannya.

Sumber: blogspot/kasutkaca15

Disebabkan sifatnya yang bertoksid, ia kurang sesuai digunakan untuk menghidangkan makanan atau minuman. “Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung. “Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan”.

Produk Seramik Bercetak Harus Jalani Proses Pemanasan “Firing”

Apa yang memusykilkan, kebanyakan produk seramik seperti pinggan mangkuk viral ini datang daripada stok yang diimport dari China. Namun, apakah setiap satu pinggan mangkuk itu sudah menjalani proses pemanasan yang dipanggil “firing”?

Kebanyakan barangan seramik yang dibuat di China tidak menjalani proses firing seperti mana produk-proudk seramik buatan Turki…

Sumber: activerain.com

Pinggan mangkuk itu akan selamat adainya setelah siap proses mencetak warna dan corak, ia dibakar dan dipanaskan pada suhu tinggi melebihi 1,000 darjah Celsius. Ini bagi memestikan warna dan corak kekal melekat pada permukaan pinggan dan tidak akan terhakis.

Yang menjadi persoalannya kini, ia akan menjadi serius andai pinggan mangkuk itu tidak dibakar terlebih dahulu -dicetak kemudian dibiar kering menggunakan suhu bilik sahaja sebelum dijual atau dieksport ke luar. Ini bisa menggugat kesihatan pengguna.

Hanya Sesuai Untuk Hiasan

Sumber: Pinterest

Mengikut kepada keadaan fizikalnya yang berwarna, adalah lebih baik andai ia cuma dijadikan perhiasan rumah. Elak untuk memanaskan lauk di dalam pinggan mangkuk tersebut di dalam ketuhar gelombang mikro atau menghidangkan makanan-makanan panas di dalam pinggan yang memiliki permukaan bercat kerana takut kalau-kalau ia memudaratkan kesihatan.

Makanan berasid seperti sos tomato, kicap, buah-buahan berasid turut perlu dielakkan kerana khuatir sifat kimia dari bahan cat tadi menyerap masuk ketubuh menerusi darah dan merebak ke dalam organ hingga menyebabkan penyakit.

Selamat beramal ❤

RUJUKAN 1, 2

The post Patut Murah! Doktor Tegas Bahaya Pakai Pinggan Mangkuk Viral appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14509