Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502

10 Etika Pemakanan Kamu Mesti Tahu Bila Berkunjung Ke Negara Ni

$
0
0

Mengembara ke negara orang memang seronok, yang tak seronok bila proses merancang – dari kajian sesuatu tempat yang ingin dikunjungi, warga tempatan, tempat makan dan persekitaran serta pelbagai lagi. Jujur penulis katakan ia satu proses yang leceh dan rumit, lebih-lebih lagi bila melibatkan keluarga dan anak kecil.

Sudah menjadi lumrah, bila kita ke sesebuah negara pasti kita ingin merasai makanan tempatan di sana. Barulah percutian lebih thrill dan adventure. Dan bila singgah makan ke restoran tempatan mereka, terdapat beberapa etika yang perlu anda tahu. Takut silap hari bulan orang tempatan pandang pelik dekat anda nanti. Bukankah naya…

1. Tahukah di Itali, anda dilarang meletakkan sos, keju parmesan atau sebarang perisa tambahan ke atas pizza. Meletakkan sebarang perisa tambahan pada pizza boleh diibaratkan satu dosa oleh masyarakat Itali.

Foto – Getty

2. Di Jepun, menghirup makanan yang berkuah seperti sup sangat digalakkan. Pada mereka ia merupakan tanda terima kasih dan penghargaan. Lagi kuat, lagi mereka suka.

Foto – Seattle

3. Manakala makan bersepah di China merupakan perbuatan yang baik. Ye ke? Tuan rumah merasakan anda menikmati hidangan dengan sepah disekeliling. Dan tidak sopan jika anda meninggalkan sisa makanan dalam mangkuk, pastikan makan bagi habis.

Foto – South China Morning Post

4. Jangan pesan cappuccino selepas makan jika anda berada di Itali. Apabila anda berkunjung ke Itali, pastikan anda pesan ekspreso dan kopi selepas makan. Orang Itali percaya minuman bersusu memperlahankan proses pencernaan.

Foto – The Roman Foodie

5. Di Korea, ianya dianggap sopan jika anda makan selepas yang tua makan. Bahkan makan kesemua hidangan dengan teratur dan perlahan, jangan gelojoh.

Foto – Koogle TV

6. Tahukah kamu di Portugal, dilarang sama sekali menambah perisa seperti garam atau lada hitam ke dalam makanan. Katanya perbuatan ini menyinggung perasaan masyarakat di sana, bahkan tidak menghormati hidangan termpatan.

Foto -Fine Art America

7. Di negara-negara Timur Tengah (juga India dan sebahagian Afrika) makan dengan tangan kanan adalah perkara biasa dan adab. Tangan kiri dijauhi sama sekali kerana ia digunakan untuk tujuan pembersihan diri.

Foto – Ethio Beauty

8. Kalau kebanyakan negara Asia (Timur Tengah dan Asia Tenggara) menggunakan tangan untuk menjamu selera. Lain pula di Chile yang sentiasa menggunakan peralatan. Katanya, satu adab buruk jika menyentuh mana-mana bahagian makanan dengan tangan.

Foto – Shutterstock

9. Ianya satu perbuatan biadap jika anda menolak sebarang minuman di Rusia. Jika seorang Rusia menawarkan anda minutan, tradisi mengatakan anda harus menerimanya. Ini kerana menawarkan minuman adalah tanda kepercayaan dan persahabatan, jadi jika anda menolaknya, anda pada dasarnya mengatakan “Saya tidak berminat menjadi kawan anda.”

Foto – AFAR Magazine

10. Anda mungkin menghidangkan roti sebagai hidangan pembuka, tetapi di Perancis ianya berbeza. Jika mereka membawa roti kepada kamu, ia akan menemani makanan kamu, bukannya pembuka selera.

Foto – Unsplash

Jadi selepas ini bila berkunjung ke negara di atas, sila praktikkan etika ini.. 

RUJUKAN : & 2

The post 10 Etika Pemakanan Kamu Mesti Tahu Bila Berkunjung Ke Negara Ni appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502