Sering kita dengar, wujudnya pertelingkahan sesama adik-beradik dan kaum kerabat lain apabila berlakunya kematian. Ini ada kaitannya dengan perebutan harta peninggalan si mati.
Tidak hairan jika perkara dan menataliti sebegitu masih wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Jangan kata yang tidak warak, adakalanya individu yang kuat agama sekalipun bisa terkesan apabila bercakap soal harta -jadi buta kerana terlalu tamak mahukan hak yang kononya miliknya. Demikianlah manusia.

Istilah di dalam Syarak menerangkan bahawa Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti (Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa dan Lain-lain) harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dll) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang di benarkan syarak.
Ini termasuklah harta yang berbentuk:-
- Tanah, bangunan ( rumah, kilang, gudang dll);
- Barang kemas (emas, perak dll);
- Insurans, saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak);
- Tanah, kebun, ladang dll;
- Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.
Kesan Buruk Jika Tak Laksanakan Pembahagian Harta Ikut Faraid
Sekiranya umat Islam mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan sistem Faraid ni, risau akan berlaku masalah seperti memakan harta anak yatim, memakan harta saudara-mara, memakan harta Baitumal.
Kena Faham!
Tidak semua layak menerima harta pusaka si mati. Allah telah menetapkan bahawa hanya 25 golongan sahaja yang berhak meneriam harta pusaka si mati (jika ada diantaranya yang masih hidup).

Perlu jelas juga, adik-beradik si mati hanya layak menerima bahagian Faraid jika si mati tidak mempunyai anak lelaki.
Kadar Asas Pembahagian Faraid
Suami: ½ jika si mati (isteri) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, ¼ jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.
Isteri: ¼ jika si mati (suami) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, 1/8 jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.
Bapa: 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, 1/6 + Asobah jika si mati tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan.
Ibu: 1/6 jika si mati mempunyai anak atau cucu perempuan daripada anak lelaki kebawah atau mempunyai beberapa orang saudara (lelaki/perempuan), 1/3 dari keseluruhan harta jika simati mempunyai seorang saudara lelaki atau perempuan sahaja dan tiada anak kebawah, 1/3 dari baki harta jika simati meninggalkan salah seorang suami atau isteri dan bapa tanpa waris lain.
Anak perempuan: ½ jika seorang, 2/3 jika dua orang atau lebih dibahagi sama rata, Asabah Bilghairi jika simati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.
Anak lelaki: 100% daripada baki (Asabah) sekiranya seorang, dikongsi sama rata daripada baki(Asabah) sekiranya lebih daripada seorang, Asabah Bilghairi jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.
Apa-apa pun, selagi kita masih hidup, uruskanlah wasiat dengan sebaiknya. Wasiat boleh ditetapkan 1/3 dariapda harta yang kita milikinya dan selebihnya akan diberikan kepada waris-waris mengikut faraid.
Pemberian Hibah
Hibah adalah satu pemberian atau hadiah yang diberikan seseorang kepada seorang yang lain dan dilakukan sewaktu masih hidup. Contohnya, seorang ibu ketika masih hidupnya, waras akal fikirannya memberi atau menghadiahkan barang kemas kepada anak perempuannya maka barang kemas itu adalah milik si anak perempuan.
Seseorang tidak dibenarkan untuk menarik balik hibah apabila hibah telah diterima oleh penerima hibah. Walaubagaimanapun, ibu bapa dan ke atas (datuk dan nenek) mempunyai hak untuk menarik balik apa yang telah diberikan kepada anak cucu ke bawah (cicit dan sebagainya).

Jangan lengah-lengahkan waktu untuk buat wasiat. Kita tidak tahu bila ajal kita jadi sebaiknya siapkan wasiat awal-awal supaya tak berlaku pertelingkahan antara keluarga sehingga menyiksa isteri/suami dan anak-anak kelak kerana ada ahli keluarga lain yang berebutkan harta kita. Selamat beramal!
The post Pembahagian Harta Pusaka Ikut Faraid appeared first on Wanista.com.