Pernah ke Lost World of Tambun, Perak?
Apa kata hujung minggu ini habiskan masa di sana. Tapi yang menarik dan ada di sana?
Tarikan terbaharu Lost World of Tambun ialah Glamping, gabungan perkataan Glamorous dan Camping. Pengalaman perkhemahan mewah yang siap dengan kelengkapan dan kemudahan cukup selesa. Tidur dalam khemah yang ada katil, di samping menghirup udara segar semulajadi dari alam sekitar.

Bayangkan sahaja selepas bermain sakan di taman tema, pengunjung boleh berehat di dalam khewah mewah yang lengkap dengan semua kelengkapan persis hotel seperti katil, soket, kipas bahkan pas masuk ke Lost World of Tambun dan Lost World Hot Springs & Night Park. Tidak lupa kupon bufet sarapan.
Harga yang diperuntukkan untuk dua orang dewasa untuk ialah RM554.80 atau dua orang dewasa dengan dua kanak-kanak dengan harga RM743.80 tetapi boleh menampung tetamu tambahan pada RM103.80 (kanak-kanak) dan RM132.10 (dewasa), atas permintaan. Pengunjung perlu menempah tiga hari lebih awal sebelum tarikh lawatan pilihan mereka melalui tempahan dalam talian.

Teringin nak Glamping di Lost World of Tambun? Wanista dan Lost World of Tambun nak beri 20 pasang tiket masuk dengan hanya menjawab soalan seperti berikut;
Glamping adalah gabungan ________ dan __________.
Syarat Penyertaan
1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom
2. Jawapan boleh dihantar ke alamat emel submit@wanista.com dengan tajuk ‘Lost World of Tambun’.
3. Sertakan sekali maklumat peribadi seperti Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit.
4. Peraduan ini hanya sah dari 20 September hingga 4 Oktober 2018.
5. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan. Kami akan memilih pemenang yang memberi jawapan paling tepat.
Untuk maklumat lanjut mengenai Glamping di Lost World Of Tambun, sila ke laman web log masuk ke laman web di http://sunwaylostworldoftambun.com/glamping/, laman Facebook www.facebook.com/lostworldoftambun atau hubungi ke +605 542 8888.
Semoga Berjaya!
The post Tarikan Baharu Lost World of Tambun + Wanista Beri 20 Pasang Tiket Masuk appeared first on Wanista.com.