Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14504

Netizen Tak Puas Hati, Polis Jepun Tolak Tindakan Baik Tentera Amerika Tawar Minuman

$
0
0

Viral sejak beberapa hari lalu beberapa keping foto menunjukkan tindakan baik seorang tentera Amerika lengkap berpakaian seragam menghulurkan dua botol air minuman kepada dua orang petugas polis Jepun dan apa yang membuatkan hati netizen berasa serba-salah apabila kedua polis Jepun itu menolak bulat-bulat tawaran dariapda tentera Amerika terbabit.

Dimuat naik oleh pengguna Twitter @Type96aoino, di dalam foto itu kelihatan jelas bahwa air botol yang ditawarkan itu kelihatan seolah-olah sebotol mineral dan sebotol air tenaga Gatorade perisa oren.

Kejadian itu berlaku di hadapan salah sebuah pangkalan tentera udara Amerika Syarikat di Jepun di mana kedua petugas polis Jepun itu sebenarnya sedang bertugas menjaga kawasan sekitar pintu masuk ke pangkalan udara berkenaan.

Sehingga kini, pelbagai intrepretasi yang diberikan terhadap foto tersebut dan sememangnya, ramai pengguna media sosial nampaknya tidak sedap duduk dnegan situasi itu.

Sumber: blog.esuteru.com

Ramai yang memberi maklum balas bahawa tindakan itu adalah sangat tidak adik bagi kedua belah pihak dan mengapa polis Jepun itu perlu bertindak sedemikian seolah-olah tidak menghargai kemuliaan yang ditunjukan tentera Amerika tersebut.

Biarpun begitu akhirnya semua persoalan terjawab apabila menurut sumber yang dikongsikan, rupanya adalah menjadi tertib disiplin seolah petugas awam di Jepun untuk tidak meminum air atau sebarang jenis minuman sewaktu sedang menjalankan tugas. Lebih-lebih lagi jika ianya minuman yang berwarna seperti soda dan seumpamanya kerana, tindakan itu bisa dianggap sangat tidak profesional, tidak matang atau mungkin juga mengganggu.

Sumber: Google Images

Umunya pada Julai lalu, sekeping foto memperlihatkan dua orang petugas polis Kanada memegang dan menikmati minuman Starbucks menjadi ‘bahan’ perdebatan pengguna media sosial di Jepun. Hal itu dilihat sangat berlainan dengan budaya negara mereka dan ia dianggap lebih “berperikemanusiaan” dan logik.

Ramai yang tidak bersetuju dengan syarat petugas awam di Jepun yang tidak dibenarkan meneguk apa-apa minuman langsung sewaktu bertugas.

Hmm, nasib baik polis dan pengawal keselamatan di Malaysia tak dikenakan tertib disiplin yang sebegitu. Kalau tak, mesti ramai yang pengsan lagi-lagi bila berkerja bawah panas terik kan?

SUMBER 1, 2

The post Netizen Tak Puas Hati, Polis Jepun Tolak Tindakan Baik Tentera Amerika Tawar Minuman appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14504