Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502

Netizen Naik Gila Fesyenista Gabi Fresh Keluar Koleksi Bra Wanita Badan Besar

$
0
0

Sebelum ini Rihanna mengeluarkan koleksi bra Savage x Fenty untuk semua lapisan wanita yang kurus hinggalah ke besar.

Baca: Rambang Mata Lihat Koleksi Bra Rihanna Savage x Fenty Yang Terlalu Cantik

Kali ini, Gabi Gregg atau lebih dikenali Gabi Fresh, seorang fesyenista, individu berpengaruh, penasihat dan pereka fesyen tampil dengan koleksi branya sendiri. Gabi berkolaborasi dengan Playful Promises melahirkan koleksi pakaian dalam yang dihasilkan, direka dan dimodelnya sendiri.

Foto – Arkib Wanista

“Saya mahu menolak rekaan yang tradisional untuk setiap pakaian dalam wanita plus size. Sebagai 38HH, pilihan pakaian dalam saya sangat terhad, dan selalunya membosankan dengan litupan penuh. Jadi, untuk koleksi ini, saya memastikan setiap helaian yang direka mempunyai perincian dan fabrik khusus – sequin, baldu dan bersulam. 

Tidak terhenti di situ, ternyata pengguna Twitter naik gila bila Gabi mengeluarkan rangkaian pakaian dalamnya. Mereka memuji konsep editorial yang diketengahkan persis gadis James Bond, mewah yang berketrampilan. Bahkan  solekan mekap yang dipilih sesuai dengan setiap rekaan pakaian dalam.

Foto – Arkib Wanista

Sukakan koleksi ini, belek sahaja di laman web rasmi www.playfulpromises.com.

The post Netizen Naik Gila Fesyenista Gabi Fresh Keluar Koleksi Bra Wanita Badan Besar appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502