Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502

Dari Pakaian Pramugari Hinggalah Ke Menu Hidangan, Pesawat China Sichuan Airlines Dipenuhi Panda Comel!

$
0
0

Comel! Tiada kata lain untuk menggambarkan betapa tema yang dipilih jenama syarikat penerbangan China, Sichuan Airlines ini sungguh memikat hati. Lebih-lebih lagi buat individu yang sememangnya mendambakan haiwan bermata ‘lebam’ itu.

Dipetik dari laporan Daily Mail, China telah menaikkan martabt beruang Panda ke satu tahap yang baharu apabila syarikat penerbangan yang dipanggil Sichuan Airlines itu melancarkan penerbangan harian yang diinspirasikan daripada bintang comel kegemran ramai itu bahkan dianggap sebagai salah satu khazanah negaranya yang teragung.

Foto -Sichuan Airlines
Foto -Sichuan Airlines

Penumpang yang berada dalam pesawat “Panda Route” itu akan dibawa dalam sebuah pesawat jenis Airbus A350 -dihiasi ilustrasi animasi Panda yang ceria berwarna-warni. Bukan itu sahaja, pramugari yang menyambut ketibaan tetamu juga turut memakai dan menghiasi diri mereka dengan aksesori yang berperincian Panda seperti apron Panda serta perhiasan rambut yang memiliki telinga Panda!

Foto -Sichuan Airlines
Foto -Sichuan Airlines

Tidak berhenti disitu, hiasan dalaman pesawat jugaserba-serbi Panda apabila alas kepala pada kerusi penumpang serta menu hidangannya juga turut disertai Panda dengan gaya susunan makanan yang penuh tertib menyerupai Bento.

Foto -Sichuan Airlines

Untuk pengetahuan semua, kesemua menu hidangan yang disediakan penerbangan ‘Panda Route’ yang menawarkan laluan domestik antara Beijing dan Chengdu ini adalah disediakan istimewa dengan pemantauan UNESCO City of Gastronomy tau!

Foto -Sichuan Airlines

Menurut Sichuan Airlines lagi, mereka turut merancang untuk memperkenalkan laluan antarabangsa antara Chengdu dan Boston, Amerika Syarikat pada tahun hadapan untuk membuka llebih banyak peluang individu untuk merasa pengalaman penerbangan bersama Panda.

Foto -Sichuan Airlines

Ada yang teringin untuk terbang dalam pesawat ‘Panda route’ ni tak? Comel sangat kan!

The post Dari Pakaian Pramugari Hinggalah Ke Menu Hidangan, Pesawat China Sichuan Airlines Dipenuhi Panda Comel! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502