Kita biasa mendengar tentang rahsia wanita Korea dalam mengekalkan kulit yang bersih sempurna, wanita Thailand banyak mengamalkan rejim tradisional tapi jarang sekali mengetahui rahsia kecantikan wanita Turki.

iFlawless jenama yang sinonim dengan wanita Malaysia, terkenal dengan produk terlaris ‘iFlawless Minyak Argan Emas’, kembali dengan memperkenalkan rangkaian penjagaan wajah inspirasi kecantikan wanita Turki iaitu iFlawless dengan kebaikan LORISA.
Seiring dengan visi iFlawless iaitu mahu dikenali sebagai jenama yang menghasilkan produk kecantikan dan kosmetik yang diformulasikan dengan bahan-bahan alami. iFlawless percaya bahawa produk terbaik dan memberi hasil yang efektif adalah bersumberkan tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kisah menarik LORISA bermula ketika pengasas iFlawless, Puan Nina Nadia Sahim, 29, melawat Turki dan mendapati wanita tempatan di negara itu memiliki kulit yang sempurna.

“Mereka bukan sahaja memiliki kulit yang cantik tetapi berseri, lembut dan lembap. Tentunya sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam industri kecantikan, saya berusaha mencungkil rahsia kecantikan wanita Turki,” jelasnya.
Sekembalinya di Malaysia, pasukan kajian dan penyelidikan mengambil masa hampir setahun untuk memformulasikan ramuan terunggul iFlawless iaitu LORISA, minyak istimewa yang terhasil daripada gabungan empat jenis tumbuhan.
LORISAkaya dengan vitamin E yang mana ia 200 peratus lebih tinggi daripada minyak zaitun. Vitamin E adalah anti oksidan yang melindungi kulit daripada radikal bebas.

iFlawless boleh didapati di melalui laman sesawang rasmi www.iflawless.com. Bagi memastikan pengguna menerima manfaat produk dengan sebaiknya, iFlawless hanya dijual melalui dalam talian.
The post Rahsia Kecantikan Wanita Turki Dengan Hanya Menggunakan iFlawless Saja! appeared first on Wanista.com.