Topi yang berbentuk seperti loceng ini buat comeback!
Percayalah tak semua orang boleh menggayakan fesyen yang pernah popular sekitar era 90-an tapi ternyata ianya menarik mata penulis.
Bucket hat mampu memberi keseimbangan antara gaya fesyen mewah dan gaya jalanan tanpa memerlukan suntikan berlebihan dan usaha untuk menjadi stailo. Selebriti seperti Sandara Park, G-Dragon, Irene Kim, Hyuna sehinggalah Scha Alyahya dilihat acapkali menggayakan bucket hat dengan cara tersendiri malah sempurna di mata.
Kembali ke tahun 1940-an, bucket hat secara tradisional dipakai oleh para nelayan dan petani sebagai perlindungan matahari, kemudian golongan Inggeris memakainya untuk aktiviti luar seperti memburu dan memancing. Pada mereka bucket hat sangat praktikal, ia boleh dilipat dengan mudah dan disimpan ke dalam poket baju mereka.
Untuk wanita boleh dijadikan aksesori perlindungan UV di samping menutup #bedhairday anda.
Walaupun banyak jenama menjualnya dengan harga yang mahal tetapi terdapat juga yang cantik, berkualiti dan masih mengekalkan harga mampu milik.
Zara Bucket Hat – RM109

Lazada Bucket Hat – RM20.70

Zara Checked Rain Hat – RM109

Kalau anda rasakan mahal, boleh sahaja lihat di jualan atas talian yang popular seperti Lazada, 11street, ezBuy serta pelbagai lagi.
Nak bergaya kena berani ambil risiko dan pedulikan kata-kata sumbang.
The post Trend 90s Kembali! Bergaya Bak Ikon Fesyen Dengan “Bucket Hat” appeared first on Wanista.com.