Khas untuk kegunaan sekeluarga, KLORANE yang merupakan jenama rangkaian penjagaan rambut dan badan berasaskan sumber alam dari Perancis kini ada di Malaysia!
Diasaskan oleh seorang ahli farmasi bernama Pierre Fabre, KLORANE telah menakluki dunia kosmetik sejak 50 dulu menerusi kombinasi sains dan tumbuhan bermanfaat efektif, ianya kemudian melahirkan produk inovasi yang sangat berguna untuk memberi kebaikan buat manusia.
Tonton Video Pengenalan KLORANE
Hari ini, KLORANE merupakan antara produk penjagaan badan nombor satu di Eropah dan ternyata, bahan-bahan yang terkandung di dalamnya sangat mesra dengan semua peringkat umur, terutamanya buat yang memiliki kulit sensitif.

Melihatkan produk penjagaan badan masa kini yang banyak berasaskan alkohol dan kimia yang mampu menjejaskan kesihatan kulit, seleksi bahan yang terkandung dalam rangkaian produk KLORANE telah pun menjalani ujian farmasutikal -sekaligus memperkukuh kualiti produk yang berasaskan sumber botanikal asli.
Antara rangkaian keluaran KLORANE yang paling popular adalah Oat Milk Range, yang menggabungkan pelbagai khasiat buah-buahan seperti Manga, Delima, Sitrus dan Peony untuk kesejahteraan rambut bermasalah. Ia juga diperkaya dengan Nasturtium untuk elemen anti-kelemumur serta Nettle untuk masalah rambut berminyak.

Untuk bayi pula, terdapat rangkaian istimewa yang lebih lembut dna mesra untuk kegunaan harian si cilik dipanggil KLORANE Bébé, fakta menjelaskan lebih 240,000 bayi kelahiran Perancis menggunakan produk berkenaan dalam mandian pertama mereka!
Nantikan kemunculan rangkaian produk penuh KLORANE di semua cawangan Watsons seluruh Malaysia!
The post Manjakan Diri Dengan Bahan Botanikal Dari Klorane appeared first on Wanista.com.