Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502

Perbezaan Orang Betul-Betul Bijak VS Orang Buat-Buat Bijak

$
0
0

Kebijaksanan itu sama seperti penampilan kerana ia bisa menipu. Tak semua orang dilahirkan dengan kecerdasan menakjubkan bahkan ada individu yang berpura-pura nampak bijak agar dia bisa bergaul dengan norma dunia yang kebanyakkannya lebih menghargai sesiapa yang bijak.

Ini Wanista senaraikan ciri-ciri sebenar orang bijak yang mungkin ada dalam diri kamu, agar kamu tak perlu lagi hidup dalam kepura-puraan semata-mata untuk kelihatan cool dan dilabel bijak.

#1 Suka Berkata-Kata Kasar

Ia memanglah perilaku yang negatif. Namun menurut penelitian yang dilakukan Laguange Science, orang-orang yang gemar menggunakan kata-kata kasar biasanya lebih pintar daripada kebanyakan orang lain.

Ramai menganggap mereka yang kasar terutamanya wanita yang memiliki mulut laser adalah inidvidu yang kurang ajar tetapi teori itu langsung tidak munasabah okay. Penggunaan kosa kata yang pelbagai dengan sewaktu kamu bertutur secara kasar atau dalam keadaan marah sebenarnhya menggambarkan kamu seorang yang bijak dan otak kamu cepat memproses maklumat.

Sumber: Huffington Post

Ada sebuah kajian membuktikan, “Mereka yang sering maki-hamun sewaktu memandu adalah terdiri daripada mereka yang berpelajaran tinggi”. LOL

#2 Tangkas Berfikir

Saban hari, kita diperlukan untuk menyelesaiakan tugasan secara efektif dan cepat. Karakter orang yang benar-benar bijak salah satunya adalah dia tahu befikir secara kritis dan sebagai contoh, dia tahu mencari kerja kalau taida kerja manakala orang yang “buat-buat bijak” pula hanya akan menunggu arahan dan gemar menunda-nunda sesuatu pekerjaan.

Jadi lepas ni, kalau pergi rumah mertua… pandai-pandailah cari kerja okay kalau rasa diri tu bijak. THINK!

#3 Kerap Meng-Google

Orang yang pintar tak suka berdebat dan selalu tak puas hati kalau dia sendiri tak mendapatkan jawapan bernas tentang sesebuah perkara. Dia juga tak gemar dengar fakta dan percaya cakap orang bulat-bulat. Sebaliknya… akan terus mencari kesahihan menerusi Google. 

Sumber: Youtube

#4 Tahu Mengenal Pasti Orang Yang Berbohong

Kalau kamu adalah seorang manusia yang sering berasa was-was terhadap orang lain atau apa-apa situasi, tahniah. Kamu adalah orang yang bijak sebenarnya.

Perkara itu sebenarnya sudah sebati dengan diri kamu dan memang tuhan beri kelebihan kepada kamu untuk tahu menilai dan menghidu pembohongan orang dikelilingmu. 

#5 Kerap Tidur Lewat

Tak perlu kecil hati kalau ibu bapa kamu menegur kenapa kamu suka tidur leat di malam hari. Ternyata, orang yang suka tidur lewat malam ini seorang yang kreatif dan pintar dari orang-orang yang tidur cepat.

Tengok sahaja kawan-kawan kamu yang suka belajar malam, result mereka lebih cemerlang kan?

Kajian ada menjelaskan betapa waktu malam (pukul 2 ke atas) sebenarnya adalah waktu yang paling mujarab untuk otak memproses maklumat dan mereka yang tidur lewat – bangun lewat pada hujung minggu adalah mereka yang memiliki IQ tinggi.

Sumber: businessinsider.com

Hmm, jadi sebenarnya mereka yang berlagak konon tidur awal supaya otak lebih cerdas hari keesokannya untuk belajar dalam kelas itu cumalah mitos sahaja… oh my.

Semoga penjelasan ini bermanfaat untuk semua ❤

RUJUKAN 1, 2

The post Perbezaan Orang Betul-Betul Bijak VS Orang Buat-Buat Bijak appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502