Tak pernah wujud pun perkataan “viral” sehinggalah sekitar tahun 2011 dahulu apabila Instagram mula menjadi platform media sosial paling popular dalam kalangan pengguna di Malaysia di samping Facebook dan Blogspot.
Menawarkan ruangan untuk pengguna menghabiskan masa terluang untuk memuat naik sekaligus berkongsi foto dan video dengan cara tersendiri, akhirnya muncullah bintang-bintang media sosial seperti sekarang yang rata-ratanya memiliki personliti diri yang tersendiri serta kreativiti yang versatile untuk menarik ramai oprang menjadi pengikut akuan mereka.

Nah, ingat lagi bakat-bakat lampau yang pernah menggemparkan negara kita suatu ketika dahulu seperti Cikgu Shida? Umumnya kita semua tahu, belaiu adalah merupakan guru sekolah kebangsaan pada hari-hari kebiasaan dan pada masa terluangnya, beliau gemar menonjolkan diri dalam video-video miming yang dirakam sendiri -kemudian memuat naik ke media sosial untuk dikongsi bersama netizen.
Kenapa Viral?
Menurut pemahaman penulis, video-video yang viral biasanya adalah video yang memiliki isi kandungan sensasi -mewujudkan topik untuk diperdebatkan para penonton (sesama netizen) dan secara tidak langsung menaikkan nama si pelaku (individu dalam video) demi meraih publisiti dalam kalangan masyarakat.

Sebelum wujudnya Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad, King Koko, Faiz Roslan serta nama-nama popular lain dalam kalangan pengguna Instagram Malaysia, lihat enam individu yang hanya bermodalkan sebuah rakaman video sehingga mencetuskan kontroversi dan sesungguhnya, mereka inilah yang memulakan trend viral di negara kita.
#1 Cikgu Shida – Ratu Parodi
Kalau kamu mengikuti perkembangan media sosial, ingatkan kamu tentang seorang individu yang dieanli sebagai Cikgu Shida ini pasti masih segar. Popular sekitar tahun 2011, beliau banyak menonjolkan diri dalam rakaman-rakaman video yang berkonsepkan miming di mana, Cikgu Shida akan memakai pakaian mengikut karakter sambil menyanyikan lagu-lagu pilihannya dengan hanya membuat gerakan mulut mengikut bait lirik yang disebut dalam lagu.
Video-videonya banyak dikongsikan menerusi Facebook bahkan pernah juga Cikgu Shida muncul dalam beberapa drama namun sayang, gaya lakonannya agak kaku membuatkan ramai orang mengkritik kebolehannya yang tidak segalak sewaktu membuat video parodi atau nyanyian miming.
Tidak berhenti disitu, Cikgu Shida juga pernah ditegur Ustaz Azhar Idrus kerana tidak menjaga tertib sebagai seorang wanita muslimah dna tidak mencerminkan kredibiliti sebagai tenaga pengajar apabila berpakaian seperti seorang lelaki dalam kebanyakan video-videonya. Sejak dari itu, kelibat Cikgu Shida mula kabur sehinggalah kini.

#2 Bobo: Shae – Sayang
Masih ingat sosok yang dikenali dengan nama panggilan Bobo ini? Bobo mula dikenali saat dia memuat naik video yang merakamkan dirinya membuat cover yang berlatarkan lagu nyanyian penyanyi Indonesia, Shae, berjudul “Sayang”.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila cara Bobo menyampaikan lagu tersebut dalam keadaan paling dramatik sehinggakan pernah menerima banyak undangan untuk muncul dalam beberapa program TV popular. Jangan tak tahu, Bobo juag pernah berduet dengan Shae dalam sebuah persembahan pentas untuk acara Anugerah Blockbuster 2 tahun 2013 dulu tau! Seingat penulis, Bobo juga pernah menandatangani kontrak bersama MIG dahulu.

Awal tahun ni, tersebar pula foto Bobo yang kini sudah kelihatan agak lain. Wow! Mungkin sudah lebih matang dan dewasa. Apa pendapat kamu semua?
#3 Puteri Awani: Budak Couple Seminggu
Video ini mungkin membuatkan ramai rasa hendak muntah, lagi-lagi bagi kita yang sudah berumur betul tak? Seorang anak gadis bernama Puteri Awani yang masih bersekolah waktu itu membuat perakuan betapa kasih dan cintanya kepada sang kekasih bernama Huzairie Yahya biarpun baruu sahaja menjalinkan percintaan selama 7 hari!
Video tersebut tersebar meluas menerusi internet bahkan ada juga pengguna media sosial yang memuat-naiknya ke Youtube untuk menjadi bahan kritikan dalam kalangan netizen.

Baru-baru ini setelah lima tahun berlalu, video tersebut kembali menjadi viral sekaligus membuatkan sebuah program TV “Motif Viral” memanggil pasangan kekasih ini untuk memperjelaskan isu tersebut dan ternyata, mereka sudah pun lama berpisah dan Puteri Awani sudah memiliki teman lelaki baru. Walau, bagaimanapun, Puteri Awani dan Huzairie masih lagi menjadi sahabat baik.
#4 Syasya Solero: Macam Cantik Je, Macam Comel Je
Ramai sebenarnya yang tidak tahu bahawa Instafamous yang dikenali dengan nama Asyallie itu sebenarnya adalah Syasya Solero yang turut dikenali sebagai “Awek Legoland”.

Ternyata Asyallie kini sudah pun berhijab, sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Dahulu sebelum beliau menjadi popular sebagai usahawan muda dan peminat tegar mekap yang banyak memuat naik tutorial di Instagram dan Youtube… dia cuma gadis biasa yang tanpa sengaja menjadi bualan netizen gara-gara video yang memperlihatkan dirinya menyebut frasa ayat berbunyi “Macam cantik je, macam comel je” berulang-ulang kali sambil menunjukkan solekan matanya.
Sejak dari itu, ramai yang mula mengenalinya dan bijaknya Asyallie adalah dia menggunakan publisiti tersebut untuk membuat duit dengan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sehingga empayar perniagannya kini bisa mendatangkan pendapatan yang lumayan.
#5 Mawar Rashid
Sebelum menjadi selebriti dan isteri kepada Raf Yaakob, Mawar Rashid cumalah remaja biasa yang banyak merakam video berdurasi 36 saat di platform media sosial perkongsian video dipanggil KEEK.

Popular sekitar 2013, Mawar Rashid banyak membuat video-video ‘gila’ yang rata-rata menurut netizen adalah sangat cuma memalukan dirinya sendiri sehinggalah suatu hari, Mawar Rashid ditimpa kemalangan sehingga mencederakan sebahagian wajahnya sehingga mengambil masa untuk pulih semula.
Tidak lama selepas itu, Mawar sedikit demi sedikit melibatkan diri dalam program-program TV seperti Meletop sebelum kemudian menjadi antara salah seorang finalis Dewi Remaja 2014/2015 dan sekali lagi diktempik kerana tidak tahu maksud GST apabila disoal pengacara mengenainya.
#6 Wanita ‘Kurap’
Juga popular sekitar 2013, tersebar video memperlihatkan seorang wanita menyanyi lagu ciptaannya sendiri sambil disertai lirik rap yang boleh dianggap sangat kreatif dan menarik. Ramai terhibur dengan gelagat yang dipaparkan wanita ini namun tidak kurang ada juga cakap-cakap negatif yang diterima -ada sebahagian individu tidak bertanggungjawab telah mengutuk penampilan wanita ini.
Walau bagaimanapun, tidak lama selepas itu ada sumber yang menjelaskan bahawa wanita yang dikenali dengan nama Mas ini sebenarnya adalah seorang wanita yang kurang upaya. Justeru adalah tidak molek andai ada pihak yang cuba merendah-rendahkannya. Sehingga kini, Mas masih lagi aktif membuat video nyanyian yang mencuit hati menerusi Instagram.
Bagi pendapat korang, siapakah antara mereka ini yang paling layak digelar raja viral?
The post #Throwback: 6 Individu Ini Mulakan Trend “Viral” Di Malaysia appeared first on Wanista.com.