Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506

Setuju 3 Zodiak Ni Paling Susah Nak Kata “I Love You” Pada Pasangannya?

$
0
0

Sabar separuh daripada iman…

Sekiranya anda memulakan zodiak di bawah, mungkin nada dapat relate dengan setiap senario yang dihadapi. Tetapi jika anda sedang dating dengan salah satu zodiak ini dan berasa kecewa kerana mereka langsung tidak menyatakan isi hati kepada anda, silalah bersabar. Ingat, mereka tidak tergesa-gesa meluahkan isi hati, mereka mungkin memerlukan sedikit masa untuk memastikan diri benar-benar bersedia. 

Capricorn (22 Disember – 19 Januari)

Kenapa dengan Capricorn?

Gif – Tumblr

Individu Capricorn tahu apa mereka mahukan dalam hidup, mereka mempunyai matlamat dan cita-cita. Sekiranya dia tidak pasti bahawa pasangan itu boleh selari dengan nilai-nilai hidupnya, dia tidak akan mudah meluahkan rasa cinta walaupun hatinya telah menyatakan perasaan yang sama. Dia adalah zodiak yang serius tentang cinta, dan benar-benar menghargai hubungan jangka panjang. Untuk itu dia tidak mahu cuai dan bermain dengan cinta.

Virgo (23 Ogos – 22 September)

Ramai beranggapan individu Virgo seorang yang sombong tapi sebenarya mereka ini golongan yang pemalu.

Gif – Tumblr

Virgo mengambil masa yang lama untuk memastikan bahawa pasangannya betul-betul berhak memilikinya. Bukan bermaksud sombong tetapi dia hanya berhati-hati agar diri tidak permainkan. Dia memerlukan analisis pemahaman walaupun untuk memutuskan apa yang dia rasa. Ini mungkin akan mengecewakan pasangannya dan mempersoalkan cinta si Virgo.

Aquarius (20 Januari – 18 Februari)

Mengatakan “I Love You” sebenarnya mudah untuk Auqarius jika mereka sudah bersedia.

Gif – Tumblr

Tetapi apa yang membuatnya menangguhkan perasaan tersebut adalah apabila ada keraguan dan konflik dalaman di dalamnya. Dia adalah zodiak yang bebas dan boleh hidup bersendirian dengan baik, jadi dia tidak takut kebebasan yang akan diambil. Aquarius memastikan bahawa pengembaraan itu akan berterusan walaupun sudah berpunya.

Sabar ye jika berhadapan dengan idividu berzodiak di atas. Jangan cepat melatah!

RUJUKAN

The post Setuju 3 Zodiak Ni Paling Susah Nak Kata “I Love You” Pada Pasangannya? appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506