Dunia fesyen merupakan gelanggang permainan untuk bintang Pop Korea Sandara Park.
Jika anda mengikutinya di Instagram, fesyen OOTD beliau sentiasa menjadi tumpuan. Selesa memilih gaya ‘boyfriend’, aneka sneakers terkini serta himpunan label mewah pasti ada dalam setiap ensemble. Sebab itu beliau layak diangkat sebagai ikon fesyen kerana gayanya tersendiri dan ada kelas.
Baca: Nak Bergaya Seperti Sandara Park? 5 Jenama Mewah Mesti Korang Kena Ada
Berada di Paris sempena Minggu Fesyen, fesyen bintang genit ini tidak pernah mengecewakan bahkan kehadirannya dinanti-nanti ramai penggiat fesyen dan jurugambar.
Di bawah himpunan 6 gaya paling gah Sandara buat Wanista makin obses dan terpaku dengannya.
1. Sandara mengambil risiko menggayakan plaid dan print dalam satu masa serta trend sneakers yang berbeza rekaan ketika menghadiri pertunjukan fesyen Off-White.
2. Untuk Balmain pula Sandara memilih jaket sarat dengan perincian mewah dan reben di dada.
3. Favorite! Sandara Park bergaya ringkas dan klasik dengan combo tweed untuk jaket dan skirt. Diserikan lagi solekan serba ringkas ‘no makeup’ yang menampakkan imej segar.
4. Sandara kelihatan cantik sekali dengan suntikan mekap ‘basah’ (wet look) ala pontianak ketika menghadiri pertunjukan fesyen Ann Demeulemeester pada 27 September 2018.
5. Walaupun jaket kulit kelihatan agak besar untuk tubuh genitnya tapi Sandara masih tampak rugged dan edgy, ditambah lagi solekan tanah. Serius mekap ala pontianak buat Sandara berseri-seri dan menarik.
6. Mungkin orang yang fashion-forward lebih memahami gaya yang satu ini. Tapi pada penulis ianya kombinasi pelik dengan trench coat bersaiz besar dan skarf kepala.
Rasanya fesyen sebegini hanya sesuai dengan Sandara tapi tidak orang lain. Orang kata pembawakan dan keberanian itu penting dalam berfesyen.
The post 6 Gaya OOTD Sandara Park Di Minggu Fesyen Paris Paling Wanista Obses appeared first on Wanista.com.