Monyok sahaja…apa masalah dia sebenarnya? Pasti diantara kita pernah bertemu dengan individu yang sukar mengukir senyuman atau langsung tidak pernah. Biasanya rakyat Malaysia dikenali dengan sikap suka sedekah dengan senyuman tapi ada juga yang kedekut sebenarnya! Kadangkala ada yang mengelak bertentang mata kerana takut untuk senyum, kalau boleh tidak mahu ada apa-apa interaksi langsung dengan manusia lain.
Tahukah anda, sikap sebegini boleh membawa mudarat pada kesihatan.
Iya, ia berkaitan dengan kesihatan mental anda.
Mereka yang gemar senyum lebih berasa ceria dan memberi kesan positif pada kesihatan mental serta sekaligus pada fizikal. Senyum adalah pelega stress dan bebanan fikiran yang terlampau memikir masalah. Hormon yang dirembes akan memberi isyarat pada otak untuk mengawal tekanan jantung dan meningkatkan produktiviti. Jadi mereka yang jarang senyum? Faham-faham sendirilah…
Jangan pelik kalau kenapa ada orang mudah untuk mendapat kenalan baru berbanding anda, ini kesan daripada interaksi pertama dari senyuman. Orang sekeliling menjadi lebih senang dan selesa dengan anda. Masalah sosial juga akan berlaku dengan anda yang masam mencuka sepanjang masa. Yelah, siapa mahu hendak berkawan dengan anda yang lekang dengan senyuman.
Tak kisahlah anda introvert ke atau extrovert, itu bukan alasan untuk anda memberi sedekah yang tidak mengeluarkan harta mahupun wang ringgit ini.
The post Tak Suka Senyum Berkait Dengan Masalah Mental? appeared first on Wanista.com.