Perkongsian di laman media sosial sudah menjadi kebiasaan dan boleh mengubah penilaian kita semua terhadap semua perkara. Tidak kiralah samada kita setuju atau tidak dengan pendapat orang lain tapi ia sedikit-sebanyak memberi impak pada sosial.
Kalau biasa di Instagram kita disajikan dengan gambar yang menarik tapi di Twitter anda boleh menceduk pelbagai informasi dan ilmu tidak kira apa tentang makanan, hiburan dan pastinya kalau penulis tentang kecantikan! Laman Instagram penulis penuh tentang mekap tapi di Twitter penulis ceduk pelbagai ilmu penjagaan kulit dari 3 individu yang gemar berkongsi Twitter Skincare.
Kompilasi thread tweet dan jawapan segala soalan musykil dari followers mereka sangat membantu. Berkenaan langkah penjagaan kulit wajah, ulasan produk dan pelbagai masalah kulit mereka cuba bantu. Jom lihat siapa mereka?
#1 Mai (@MaisarahMahmud)
Boleh digelar sebagai Miss Hada Labo dan mask Dr. Morita! Maisarah berpegang kepada ‘hydrating is a key’, baginya hidrasi adalah faktor mengembalikan kesihatan kulit. Tidak kira anda kulit kering, kombinasi, berminyak, jerawat kasar cuba kekalkan dengan momentum menjaga hidrasi. Lama-kelamaan anda akan rasai perubahan dengan rutin penjagaan yang tepat.
#2 Iman (@ImanAbdulRahim)
Iman Abdul Rahim bukan sahaja aktif di Twitter, malah kerap berkongsi pelbagai posting ilmu penjagaan kulit di blog peribadinya. Dia juga tidak lokek memberi tips rahsia memilih produk bersesuaian dengan kulit. Apa yang penulis lagi suka dengan Iman, dia langsung tidak sombong dan sedaya upaya menjawab segala soalan tweet
#3 Bunny (@chizubunny)
Apa-apa sahaja yang anda nak tahu tentang formula atau bahan dalam produk kecantikan, Bunny akan cuba huraikan untuk anda! Hampir semua pendapat peribadi dia tentang produk dibicarakan di Twitter. Malah nak tips cara guna pun ada…banyak sangat tau.

Siapa yang ada akaun Twitter boleh mula follow 3 individu yang penulis mention diatas. Diharapkan perkongsian ini mendapat manfaat kepada pembaca Wanista khususnya dan terima kasih kepada Maisarah Mahmud, Iman Abdul Rahim dan Bunny!
The post Ceduk Ilmu Kecantikan Kulit Dengan 3 ‘Tweetfemes’ Ini! appeared first on Wanista.com.