Mungkin ada di antara pembaca yang tidak mengenali lagenda muzik Indonesia, Nike Ardilla.
Pada usia muda, Nike terkenal dengan suara lunak dan lagu-lagu hebat seperti Ku Tak Akan Bersuara, Mama Aku Ingin Pulang sekitar tahun 90-an, bahkan mencipta fenomena sehingga hari ini. Malangnya di tengah kemuncak kerjaya, Nike meninggal dunia di usia muda akibat kemalangan pada tahun 1995. Walaupun sudah tiada, lagu-lagu Nike Ardilla masih banyak dimainkan.
Kebelakangan ini, nama Nike Ardilla banyak dibicarakan kalangan peminat K-Pop di media sosial. Ini semua selepas salah satu ahli kumpulan Twice, Jihyo dikatakan mempunyai rupa paras yang sama dengan mendiang Nike Ardilla. Bentuk muka dan potongan rambut dilihat bagaikan pelanduk dua serupa.



Bukan itu sahaja, ada peminat yang sanggup geledah koleksi foto Nike dan Jihyo ketika kecil semata-mata mahu menunjukkan keserupaan mereka berdua ini.

Sama kan? Korang setuju Twice Jihyo mirip Nike Ardilla?
The post Foto Twice Jihyo Mirip Muka Mendiang Nike Ardilla Tular… Sumpah Sama! appeared first on Wanista.com.