Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14509

Nak Cantik! Dapatkan Koleksi Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SEPHORA Terbaru

$
0
0

Siapa yang tidak suka menjaga kecantikan bukan, dengan pelbagai produk penjagaan kecantikan di pasaran membuatkan mata kamu melilau untuk memilihnya. Lihat saja produk yang terdapat di SEPHORA, pelbagai produk rangkaian yang di keluarkan seperti produk tatarias, produk penjagaan dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki pastinya mendapat sambutan hangat dan menggalakan!

Sempena menyambut musim luruh pada tahun ini, SEPHORA mengeluarkan koleksi penjagaan kulit khas untuk para wanita seperti kamu! Koleksi penjagaan kulit ini akan memberikan kebaikan yang tinggi kepada kulit dengan kandungan bahan 90% menggunakan bahan semula jadi dan di tambah pula dengan kualiti produk yang tinggi menjadikan ia produk penjagaan kulit yang segar dengan bahan asli semula jadi.

Foto – Sephora

Untuk pengetahuan semua, koleksi penjagaan kulit terbaru daripada SEPHORA ini menampilkan tiga jenis rangkaian produk iaitu Care, Specific Care dan juga Cleansers. Jadi apa tunggu lagi nak cantik, jom dapatkan koleksi daripada SEPHORA hari ini!

All Day Hydrator RM69 (BELI)

Foto – Sephora

Koleksi SEPHORA All Day Hydrator di formula dengan bahan semula jadi asid hyaluronik di mana ia dapat melembapkan kulit. Tambahan lagi dengan produk rangkaian All Day Hydrator ini, ia membekalkan sumber vitamin E dan vitamin C untuk melindungi kulit daripada serangan dari luar dan sekaligus membuatkan kulit bersinar dari dalam! 

Nourishing Moisturizer RM72 (BELI)

Foto – Sephora

Nourishing Moisturizer ini pula akan membantu merawat kulit sambil memberi kelembapan yang segar dari dalam. Nourishing Moisturizer ini diperkaya dengan minyak semula jadi iaitu Avokado, Rosehip dan juga minyak Marula. Ketiga-tiga minyak ini akan membekalkan segala nutrisi kepada kulit disamping merawat kulit kamu dari dalam!

Brightening Eye Cream RM69 (BELI)

Foto – Sephora

Untuk menjaga kulit bawah mata, SEPHORA tampil dengan Brightening Eye Cream di mana ia mengandungi sumber bahan semula jadi asid hyaluronik yang mampu meresap ke dalam kulit dan memberikan kulit bawah mata kekal lembap. Dan krim ini juga mengandungi kafien untuk menghilangkan sembab pada bawah mata.

Overnight Firming Cream RM115 (BELI)

Foto – Sephora

Untuk dapatkan kulit sihat waktu tidur merupakan masa yang berharga dalam merawat dan membekalkan segala keperluan nutrisi pada kulit, oleh itu dengan Overnight Firming Cream yang mengandungi ekstrak buah lemon dan oren akan membuatkan kulit menjadi cerah dan bersinar pada waktu malam.

Super Matte Moisturizer RM74 (BELI)

Foto – Sephora

Pemakaian matte apabila hendak keluar dari rumah sudah menjadi satu kemestian bagi wanita denga koleksi SEPHORA Super Matte Moisturizer ini, ia dapat membekalkan kepada kulit anda kekal lembap di samping mengurangkan sebum, membuat kulit cerah dan mengurangkan saiz liang pori.

Purifying Mud Mask RM72 (BELI)

Foto – Sephora

Bagi yang ingin mengetatkan kulit wajah dan liang pori, Purifying Mud Mask ini adalah jalan penyelesai untuk anda. Dengan penggunaan produk ini ia akan membersihkan kulit dari sebarang minyak dan sebum pada kulit dengan mudah.

Glow Peel Pads RM72 (BELI)

Foto – Sephora

Jom cerahkan kulit kamu dengan Glow Peel Pads ini, ia mengandungi sumber bahan semula jadi seperti asid hyaluronik, gula tebu dan  yang dapat melembutkan kulit dan alga marin yang mampu membuatkan kulit tegang dan lembut bersinar.

Ultra Glow Serum RM87 (BELI)

Foto – Sephora

Ultra Glow Serum ini mengandungi kombinasi vitamin C dan vitamin E daripada kentang, tapioca dan juga bunga matahari. Di mana bahan-bahan ini akan membekalkan kulit kamu nutrisi sihat dan memberikan kulit cerah bersinar dari dalam. Selain itu, serum ini juga mengandungi alga marin yang mampu memberi kesan menegangkan kulit.

Peel – Off Mask RM75 (BELI)

Foto – Sephora

Buang segala bintik hitam dan putih dengan Peel-Off Mask ini. Produk ini mengandungi aloe vera yang dapat memberikan kelegaan kepada kulit di samping membuat segala sel-sel kulit mati.

Bright Skin Exfoliating Scrub RM55 (BELI)

Foto – Sephora

Singkirkan segala kotoran dan kulit mati pada wajah dengan Bright Skin Exfoliating Scrub. Ia mengandungi sumber pasir gunung berapi yang mampu mengekalkan tekstur kulit.

Clean Skin Gel RM55 (BELI)

Foto – Sephora

Bersihkan kulit dengan pencuci muka Clean Skin Gel, ia dapat menyingkirkan kotoran pada kulit dari dalam dengan mudah! Asid amino yang terdapat dalam pencuci muka ini akan membekalkan kelembapan pada kulit.

Mattifying Cleanser RM74 (BELI)

Foto – Sephora

Nak kelihatan sempurna tanpa masalah liang pori? Mattifying Cleanser ini dapat memberikan kulit kamu dengans sentuhan matte pada kulit dan ia juga mengandungi aloe vera untuk memberi kelegaan pada kulit wajah apabila kamu mencuci muka!

Waterproof Eye Makeup Remover RM23 (BELI)

Foto – Sephora

Susah nak tanggalkan makeup. Dengan Waterproof Eye Makeup Remover akan membantu kamu menanggalkan kesan makeup semudah 123 sahaja. Ia telah di formula denagn minyak yang dapat menanggalkan segala jenis makeup pada kulit wajah.

Triple Action Cleansing Water RM22 (BELI)

Foto – Sephora

Bersihkan wajah dengan SEPHORA Triple Action Cleansing Water, ia akan membekalkan kulit wajah dengan zink dan juga aloe vera yang dapat memberi kesegaran dan menanggalkan segala jenis makeup yang terdapat pada wajah kamu dan dalam masa yang sama ia juga akan memberi kelegaan pada kulit muka.

Jadi apa tunggu lagi, dapatkan produk rangkaian penjagaan kulit wajah di SEPHORA hari ini dan dengan berbelanja RM100 secara minima pada 12 September 2019 sehingga 9 Oktober 2019, kamu akan mendapat beg tote SEPHORA secara percuma. Jom cantik bersama produk penjagaan kulit daripada SEPHORA!

The post Nak Cantik! Dapatkan Koleksi Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SEPHORA Terbaru appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14509