Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14520

PUMA x BALMAIN Bersama Cara Delevingne Hasil Pakaian Sukan Berfesyen

$
0
0

PUMA dan BALMAIN semakin rancak dalam menghasilkan koleksi pakaian-pakaian sukan yang kontemporari dan selesa untuk di pakai secara harian mahupun ketika bersukan. Dan sentuhan koleksi terbaru kali ini menampilkan kerjasama PUMA, BALMAIN dan Cara Delevingne dalam mengetengahkan pakaian sukan yang berfesyen dan ideal.

Dua jenama terkenal dunia ini bergandingan bersama model dan pelakon terkenal Cara Delevingne dalam menghasilkan koleksi pakaian sukan dengan sentuhan elemen fesyen dari budaya Persia.

Gabungan idea dari tiga kuasa besar ini menampilkan koleksi pakaian sukan berfesyen yang mengambil sumber inspirasi dari pemakaian sukan tinju tradisional dan sedikit sentuhan dari budaya Persia.

Foto – Arkib Wanista

Hasil kerjasama PUMA, BALMAIN dan Cara Delevingne ini menampilkan rekaan seperti bra tops, seluar tinju pendek dan kasut sneakers dengan warna-warna yang sangat terang.

Foto – Arkib Wanista

Selain itu, PUMA dan BALMAIN juga masing-masing akan mengeluarkan koleksi terbaru seperti aksesori, footwear dan pakaian yang akan dijual menerusi laman sesawang serta di stor fizikal yang terdapat di seluruh negara.

Koleksi Pakaian Sukan Berfesyen PUMA, BALMAIN & Cara Delevingne

Cara menggayakan jaket dan seluar tinju yang berwarna merah terang dengan garisan jalur yang berwarna biru dan keemasan yang memberikan gaya segar dan kontemporari kepada si pemakai. Malah, Cara juga mengenakan stokin berwarna hitam keemasan dan kasut sneakers berwarna putih keemasan yang tampak kool serta bergaya!

Foto – Arkib Wanista

Satu lagi koleksi jaket dan kemeja-T terbaru dari PUMA x BALMAIN, padanan warna hitam dan keemasan menghasilkan kontras warna yang gempak serta mewah.

Foto – Arkib Wanista

Koleksi footwear dari PUMA x BALMAIN ini cukup eksklusif. Warna hitam menyelubungi keseluruhan kasut, manakala di bahagian tapak kasut pula berwarna merah hati yang mengancam! Oh dan tidak lupa juga warna keemasan pada bahagian atas pelekat kasut.

Foto – Arkib Wanista

Koleksi pakaian sukan berfesyen yang keluar pada bulan ini akan mula membanjiri stor PUMA di KLCC, Sunway Pyramid dan di laman sesawang PUMA bermula hari ini 21 November 2019.

Dapatkan koleksi eksklusif PUMA, BALMAIN dan Cara Delevingne pada bulan November ini dan lihat pelbagai koleksi terbaru yang lain yang dipamerkan di dalam stor PUMA.

The post PUMA x BALMAIN Bersama Cara Delevingne Hasil Pakaian Sukan Berfesyen appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14520