Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14517

#SephoraHoliday2019, 4 Kosmetik Bantu Kamu Kekal Cantik Bila Bercuti

$
0
0

Musim perayaan menjelma lagi. Wanista pasti ada di antara pembaca yang sedang sakan packing barang untuk pergi bercuti, kan?

Bila pergi melancong, faktor perjalanan yang panjang serta iklim dan cuaca sering berubah boleh menganggu rutin kecantikan kita semua. Tolong jangan jadikan penat dan leceh sebagai alasan anda tidak menjaga rutin kecantikan ketika travel jauh.

Tak tahu nak bawa apa, nah Wanista kongsikan beberapa produk kecantikan paling praktikal yang boleh membantu anda kekal cantik walaupun dalam perjalanan jauh. Bukan apa, kita mesti fikirkan berat dan saiz barang agar nanti tidak terlebih kilo gamaknya.

Mario Badescu Facial Spray Travel Trio

Sempena Hari Natal, Mario Badescu yang terkenal dengan produk terlaris mereka ‘Facial Spray’ tampil dalam pembungkusan lebih praktikal. Setiap satu hanya berukuran 59ml sahaja, kecil dan manpat untuk diletak dalam tas tangan.

Foto – Arkib Wanista

Facial Spray ini bukan sahaja memberi kesan kelembapan, kesegaran malah glowing untuk kulit yang tidak bermaya. Bayangkan sahaja selepas penat, semburkan saja ke wajah.. anda terus rasa segar-bugar ditambah lagi haruman yang nyaman.

Saturday Skin Everyday Glow

Ini yang best tentang produk Saturday Skin, mereka sangat mesra dan mudah dengan melahirkan satu set produk penjagaan wajah. Terdiri daripada cleanser, moisturizer, peel gel, eye cream dan mask – semuanya bersaiz 10ml hingga 25 ml sahaja. Memang senang sangat untuk dibawa melancong.

Foto – Arkib Wanista

Hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti sumber vitamin C dari oren, kiwi, strawberi, anggur, epal yang membantu merawat kulit dari dalam disamping meningkatkan complexion yang lebih cerah serta jelas bersinar.

Sephora Collection Where is the Penguin? Mask Set

Kotak penjagaan kulit edisi terhad yang dipenuhi dengan lapan topeng muka terpilih untuk memanjakan diri dari kepala hingga ke kaki.

Foto – Arkib Wanista

Kotak ini mengandungi – Charcoal Face Mask untuk meminimumkan penampilan liang pori, Lychee Face Mask melembap dan mencerah, Cucumber Eye Mask untuk melega dan menyegarkan mata, Charcoal Nose Strip untuk membantu menghapuskan bintik hitam di hidung, Coconut Hair Sleeping Mask membaiki rambut rosak, Aloe Vera Hand Mask untuk melembapkan dan melindungi tangan, Almond Foot Mask untuk keselesaan dan pembaiki kulit kaki dan Shea Lip Mask untuk melembapkan dan melicinkan bibir.

Alpha-H Luxe Rose

Muka dah cantik, tangan pula terasa kering. Jangat lupa pakai krim untuk kekal lembap.

Foto – Arkib Wanista

Set penjagaan kulit ini mempunyai dua produk untuk meningkatkan kualiti kulit. Liquid Gold Rose Hand Cream melembap, melembut dan mencantikkan semula tangan anda daripada kedutan awal. Liquid Gold Rose menawarkan penghidratan segera dan kesan licin daripada formula klasik Liquid Gold.

Mudahkan? Kesemua produk di atas antara yang terbaik dan boleh didapati di semua Sephora seluruh negara.

Selamat Beramal!

The post #SephoraHoliday2019, 4 Kosmetik Bantu Kamu Kekal Cantik Bila Bercuti appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14517