Boleh dikatakan saban tahun ada saja kes telefon bimbit meletop tapi apa sebenarnya punca yang menyebabkan telefon bimbit boleh meletop. Adakah ianya kerana kecuaian pengguna sendiri atau mungkinkah ia kesalahan dari pihak pengilang.
Seribu satu macam punca boleh di perkatakan, tetapi yang mana satukah punca sebenar letupan tersebut berlaku sehingga menyebabkan kematian dan juga kecederaan yang serius kepada pemilik telefon bimbit tersebut.
Telefon bimbit meletup adalah kerana beberapa faktor, antaranya.
Thermal Runaway

Jika bateri Li-ion telefon bimbit meletup atau terbakar, itu bermakna telefon kamu sedang mengalami proses thermal runaway atau arus udara haba. Apabila sel bateri telefon mencapai tahap kritikal suhu yang terlampau panas telefon akan menjadi rosak dan akan mengeluarkan haba yang sangat banyak lalu mengakibatkan berlaku leteupan atau kebakaran pada telefon bimbit.
Telefon Di Tinggalkan Di Dalam Kereta

Telefon bimbit boleh meletup jika di tinggalkan di dalam kereta terlalu lama, ini adalah kerana bateri kereta juga menghasilkan tenaga habanya yang tersendiri yang mana haba tersebut akan menghasilkan gas yang akan membuatkan bateri telefon menjadi kembung lalu meletup.
Meski sekarang telah banyak telefon bimbit yang canggih-canggih memiliki sistem keselamatan tetapi, berhati-hati itu lebih baik bagi mengelakkan kemalangan yang tidak berbau!
Guna Pengecas Telefon Palsu Dan Tanpa Sijil Sah

Rasanya ramai yang menggunakan pengecas telefon yang murah atau menggunakan USB murah dan banyak terdapat di pasaran berbanding membeli pengecas asli. Tidak salah jika kamu menggunakan pengecas yang murah tetapi pastikan ianya memiliki sijil yang diperakui agar kelak tidak menyebabkan telefon meletuk atau terbakar semasa mengecas.
Telefon Terlebih Cas

Nah, faktor ini sering di bahas oleh ramai pihak di mana rata-rata berpendapat telefon yang terlebih cas akan membuatkan telefon meletup. Jadi sebaik-baiknya cas telefon bimbit secukupnya dan tutup suis apabila selesai mengecas telefon.
Bermain Permainan Video Tanpa Henti

Dalam era generasi sekarang yang sangat leka bermain permainan video seperti PUBG, Mobile Legend, CODM dan pelbagai permainan lain di telefon bimbit, membuatkan diri tidak sedar bahawa komponen dalaman telefon menjadi panas.
Sebab itu, tidak kamu tidak boleh bermainan permainan video melebihi 45 minit. Berhenti sejenak sekiranya kamu merasai telefon bimbit kamu menjadi panas.
Membuka Terlalu Banyak Aplikasi Dalam Satu Masa

Membuka aplikasi yang terlalu banyak dalam satu masa akan menyebabkan telefon mudah panas lalu menyebabkan arus haba meningkat. Oleh itu, kamu harus membersihkan aplikasi dengan “clear running apps” secara kerap bagi mengelakkan telefon cepat menjadi panas.
Virus Menceroboh Telefon Kamu

Telefon yang dicerobohi atau di serang virus juga akan membuatkan telefon bimbit menjadi cepat panas. Penting untuk kamu perhatikan jika terdapat aplikasi yang secara tiba-tiba wujud di dalam telefon kamu. Jika ada itu mungkin adalah virus, jadi kamu harus segara uninstall aplikasi tersebut.
Menggunakan Telefon Semasa Mengecas

Perbuatan menggunakan telefon sambil mengecas merupakan perbuatan yang kerap dilakukan oleh ramai pengguna telefon bimbit. Perbuatan yang dirasakan tidak mendatangkan masalah sebenarnya mampu mengundang bencana kepada diri sendiri.
Telefon akan menjadi cepat panas apabila menggunakan telefon semasa mengecas, tambahan lagi ia juga akan menyebabkan bateri telefon cepat rosak.
Telefon Kerap Terjatuh Sehingga Merosakkan Bateri

Telefon yang kerap terjatuh juga akan mengundang bahaya kepada pengguna, ini kerana telefon yang kerap terjatuh akan menyebabkan bateri telefon rosak dan akan membawa kesan negatif pada jangka masa panjang.
Membiarkan Telefon Basah

Telefon bimbit memiliki komponen yang dikenali sebagai lithium di mana ia akan mula mengeluarkan haba panas apabila terdedah kepada air. Meski banyak telefon bimbit yang moden di reka dengan sistem kalis air tetapi jika bateri yang digunakan bukan kalis air tak guna juga!
Jadi elakkan melakukan perkara-perkara yang telah Wanista nyatakan di atas untuk mengelakkan dari telefon kamu meletup di masa akan datang. Sayangi diri kamu dan keluarga serta jangan pandang remeh tentang isu sebegini kerana kemalangan tidak berbau.
The post 1001 Punca Kenapa Telefon Bimbit Pintar Boleh Meletup appeared first on Wanista.com.