Bila anda stres, apa yang anda lakukan? Berendam dalam bathtub? Membaca buku? Window shopping? Bersantai di kafe seorang diri? Layan Netflix? Mendengar lagu?
Tahukah kamu muzik telah dikenal pasti sebagai medium yang dapat mempengaruhi irama gelombang otak dan mengawal aktiviti dalam sistem saraf. Keadaan ini secara tidak langsung membantu menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung.
Jadi muzik yang dimainkan dapat mengurangkan kadar turun naik degupan jantung mereka dari masa ke masa, sekali gus keadaan ini membantu mengelakkan kecenderungan risiko menghadapi masalah kesihatan yang serius.
Analisis Kajian
Hal ini terbukti melalui penyelidikan kecil melibatkan lima pemandu wanita muda ini dilakukan oleh dua saintis dari dua universiti di São Paulo, Brazil, dengan kerjasama Oxford Brookes University dan University of Parma di Itali. Kajian bertujuan untuk menghindari risiko berlakunya kemalangan di Marilia, Brazil.
Menurut salah seorang penyelidik, Profesor Vitor Valenti, “Kami mendapati tekanan jantung dalam responden dapat dikurangkan apabila diperdengarkan dengan muzik ketika mereka memandu.”
Para penyelidik menekankan bahawa tekanan ketika memandu adalah antara faktor yang meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular seperti penyakit berkaitan jantung, kegagalan fungsi jantung, demensia atau strok.
Kompilasi Lagu Yang Boleh Hilang Stres Menurut Pembaca Wanista
Kami tahu bahawa mendengar muzik membantu orang menenangkan diri. Tetapi lagu-lagu khas di bawah dipercayai membantu mengurangkan tekanan sebanyak 65%.
Adele – Someone Like You
BTS Jimin – Serendipity
Coldplay – Strawberry Swing
John Lennon – Stand By Me
Kodaline – All I Want
Beyonce – Halo
Nell – Time Spent Walking Through Memories
Lauv – Sad Forever
Adele – Million Years Ago
Jessie J – Flashlight
Ada lagu yang korang suka? Selamat Mendengar!
The post 10 Kompilasi Lagu Boleh Kurangkan Stres Dan Kesihatan Mental appeared first on Wanista.com.