Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14520

Dominan Di Ranjang, Kamu Mungkin Tergolong Dalam Zodiak Ini

$
0
0

Bukan semua orang memiliki aura untuk mendominasi sesuatu terutama apabila di ranjang. Melakukan hubungan intim bersama pasangan dan cuba mengambil alih kawalan di tempat tidur bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Apabila diri telah hanyut di buai mimpi indah, kamu tidak lagi berfikir untuk mengambil alih kawalan bahtera.

Siapa yang tidak mahu mengawal atau mendominasi di saat-saat berasmara bersama dengan pasangan tercinta bukan? Jika kamu berada di dalam posisi yang berkuasa untuk mendominasi pasangan kamu ketika di ranjang, ini menunjukan kamu juga mempunyai keinginan yang tinggi dalam mengawal dan dalam masa yang sama menikmati kepuasan bersama.

Foto – Allure

Bukan mudah untuk wanita berada dalam posisi dominan di ranjang. Dan bagi yang memiliki personaliti yang dominan di katil, kamu akan menemui rasa kepuasan dan nikmat dalam menguasai aktiviti bersama pasangan.

Jika kamu rasa, kamu sangat dominan semasa di ranjang, kamu mungkin di pengaruhi atau tergolong di dalam bintang zodiak ini.

Aries

Bintang Aries merupakan bintang yang sangat dominan, mereka tahu apa yang mereka inginkan dan tidak akan berasa takut untuk meminta atau mengarah pasangan mereka. Aries akan berasa puas dan nikmat apabila pasangan mereka sendiri lebih mengutamakan kepuasan diri si bintang Aries.

1-20.gif

Leo

Jangan sesekali memberi arahan kepada bintang Leo jika tidak mahu di cakar! Bintang Leo mahu pasangan mereka untuk memuja dan menyanjungi diri mereka apabila berada di bilik tidur. Malah bintang Leo sangat bijak mengambil alih kawalan dalam melakukan hubungan intim, jadi janganlah sesekali cuba beri arahan kepada bintang Leo jika tidak mahu kena hukuman di bilik tidur!

5-15.gif

Scorpio

Bintang Scorpio sememangnya sangat dikenali menerusi burning passion yang terdapat di dalam diri mereka. Sifat agresif yang ada dalam diri membuatkan mereka bertindak lebih hebat lagi apabila di ranjang. Bintang Scorpio tidak takut untuk menggunakan apa saja alatan atau mainan, asalkan mereka dapat menikmati kepuasan.

3-20.gif

Sagittarius

Ingin warga Sagittarius menyerah di ranjang? Mungkin cuma dalam mimpi! Bintang Sagittarius lebih gemar menjadi bos apabila di ranjang dan ingin diri mereka di layan seperti bos serta ingin pasangan mereka mendengar arahan mereka di bilik tidur. Wow!

9-12.gif

Capricorn

Bintang Capricorn sangat kuat bekerja dan mereka juga sangat suka ‘bekerja’ lebih masa di ranjang sambil mendominasi pasangan mereka. Meskipun bintang Capricorn kuat bekerja, mereka memiliki kawalan diri yang sangat bagus juga. 

Image result for women dominant men in bed giphy

Pisces

Jangan ingat bintang Pisces ini kelihatan lemah lembut di luar, tetapi sebenarnya apabila mereka mula beraksi di ranjang kuasa dominan mula menyerlah! Bintang Pisces sangat bijak meneroka pasangan mereka dan membuatkan aktiviti intim menjadi lebih menyeronokan.

Related image

Jadi, yang mana satu bintang zodiak kamu? Ada yang memiliki sifat dominasi seperti bintang zodiak di atas?

Rujukan: 1, 2, 3, 4, 5,

The post Dominan Di Ranjang, Kamu Mungkin Tergolong Dalam Zodiak Ini appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14520