Bagi Capricorn, kerja adalah pilihan gaya hidup mereka. Hal ini boleh membuatkan percintaan satu cabaran besar.
Individu yang tarikh lahirnya jatuh antara 22 Disember hingga 20 Januari cenderung untuk serius dan langsung tidak mempunyai sikap humor.
Bila anda ingin menakluki hati si Capricorn, anda mungkin akan berdepan pelbagai halangan kerana mereka seorang yang independent dan sukar. Capricorn sering disebut sebagai salah satu zodiak yang paling sukar untuk didekati. Keperibadian mereka yang tertutup dan serius membuatkan mereka suka menyendiri, adakalanya sombong, kritikal, laser dan old fashion bahkan mementingkan diri juga.

Jika kamu bertemu dengan perempuan Capricorn, bersiap sedialah menghadapi kerenah si dia.
Tolong Beri Perhatian
Perkara yang paling asas yang wajib anda tahu adalah dengan memberi sepenuh perhatian padanya. Cara ini sangat berkesan untuk mengambil hatinya. Tapi bukan sahaja si Capricorn, perempuan dengan zodiak lain juga suka diberikan perhatian asal tidak mengganggu kerjaya mereka.
Mereka Suka Kejutan
Ya, mereka sangat sukakan kejutan. Terutama jika kejutan yang berbeza daripada biasa, mungkin juga yang tidak pernah terlintas di fikirannya. Oleh itu, jadilah sekreatif mungkin untuk mengambil hatinya tapi jangan berlebihan pula takut dia tak berkenan pula.

Bertanggungjawab
Wanita Capricorn adalah wanita yang bertanggungjawab. Oleh itu, untuk mengimbangi wataknya, anda juga mesti menjadi lelaki yang bertanggungjawab. Ini sangat penting kerana mereka menghargai tanggungjawab seseorang sebagai komitmen dan kesetiaan.
Tak Suka Dikritik
Si Capricorn sangat suka apa yang dilakukan. Jadi apabila seseorang mengkritik perkara yang dilakukannya, dia mungkin tidak menyukai, malah mengendahkan. Tetapi kerana Capricorn adalah seorang wanita yang bijak, anda boleh mengkritiknya selagi dengan alasan dan matlamat yang jelas.

Penampilan Kena Menarik
Perhatikan penampilan dan jadilah menarik. Wanita yang bercita-cita tinggi, terutamanya mereka yang pentingkan kesempurnaan cenderung untuk menyukai lelaki dengan ketrampilan yang sedap mata memandang, yang tidak selekeh dan bersih sentiasa. Di samping itu, penampilan yang menarik juga melambangkan martabat dan harga diri, dan wanita Capricorn menyukainya.
Jadilah Penyabar
Capricorn umumnya keras kepala dan kaku. Mereka percaya apa yang mereka katakan atau lakukan adalah benar. Mereka juga jarang mengubah sudut pandangan atau perspektif terhadap sesuatu, jika A maka A.. bukan Z, O dan sebagainya. Jadi si lelaki cubalah jadi penyabar dan menerima personaliti mereka seadanya. Tegur secara baik, dia pasti akan menerima dan memperbaiki.

Walaupun adakalanya mereka cepat moody dan pemarah, tapi ingatlah mereka sangat setia bila berjumpa dengan lelaki yang tepat. Jadi selamat beramal dan semoga hubungan kamu baik-baik!
The post Bercinta Dengan Perempuan Capricorn Paling Stress! appeared first on Wanista.com.