Bunga kertas semakin mendapat perhatian beberapa tahun ini, populariti bunga kertas semakin meningkat dan permintaan menggunakan bunga kertas untuk majlis perkahwinan juga semakin bertambah.
Tapi apa yang membuatkan ramai wedding planner dan bakal pengantin ingin menggunakan bunga kertas untuk majlis bersejarah mereka. Kenapa tidak menggunakan bunga sebenar yang lebih segar dan istimewa.
Bukannya penggunaan bunga sebenar tidak lagi di guna pakai, masih ramai yang kekal untuk memilih bunga segar untuk majlis perkahwinan mereka.

Cuma dengan pelbagai idea segar dan menarik boleh di gunakan dengan bunga kertas menjadikan ia semakin popular di kalangan bakal pengantin dan juga perancang majlis.
Berikut adalah sebab-sebab mengapa penggunaan bunga kertas lebih popular dari bunga sebenar!
Boleh Simpan Bunga Kertas Selama-Lamanya

Oleh kerana bunga yang digunakan di perbuat daipada kertas, ia boleh di simpan dan tahan lama. Dan kecantikan yang ada pada bunga kertas tersebut tidak akan layu atau suram.
Bukan seperti bunga sebenar yang memiliki had atau tempoh masa kesegaran tertentu dan seterusnya menjadi layu.
Bunga Kertas DIY Dapat Jimatkan Perbelanjaan

Apabila mengadakan majlis perkahwinan, perkara utama yang menjadi kebimbangan para bakal pengantin pastinya dari segi kos dan perbelanjaan yang perlu di keluarkan.
Dengan menggunakan bunga kertas untuk mendekorasi dewan, pelamin, meja makan, kerusi, bunga tangan dan sebagainya dapat menjimatkan kos perbelanjaan.
Boleh Padankan Mengikut Tema Dengan Mudah

Selain itu, bunga kertas juga mudah mengikut tema majlis perkahwinan. Sebut saja inginkan tema berwarna biru, merah jambu, perak, rose gold dan macam-macam lagi, dengan menghasilkan bunga kertas diy, semuanya tidak menjadi masalah.
Tambahan lagi dengan pelbagai jenis kertas dan warna dapat memenuhi permintaan semua pihak dengan mudah dan tidak perlu pening kepala!
Boleh Di Guna Pakai Semula

Bayangkan jika majlis menggunakan bunga segar, pastinya selepas majlis tamat bunga-bunga tersebut akan di buang ke tong sampah bukan. Tapi dengan menggunakan bunga kertas, ia boleh di simpan dan digunakan semula untuk majlis lain seperti majlis akikah anak, majlis ulang tahun perkahwinan, majlis hari lahir dan sebagainya.
Jadi tidaklah rasa membazir membeli bunga kertas untuk majlis perkahwinan kerana ia dapat di guna pakai semula.
Bunga Kertas Sentiasa Ada Di Pasaran

Jika majlis perkahwinan yang dijalankan ingin menggunakan bunga yang tidak ada di pasaran kerana belum tiba musim bunga, ia akan menyukarkan perancang majlis untuk memenuhi permintaan si bakal pengantin.
Tapi lain pula cerita jika menggunakan bunga kertas kerana ia sentiasa ada di pasaran. Malah pelbagai jenis kertas, warna dan bentuk bunga sangat mudah untuk di cari.
Tak Perlu Risau Mengenai Alahan

Bagi bakal pengantin yang sangat menyukai bunga tetapi tidak boleh memegang bunga dek kerana mempunyai alahan yang teruk pada bunga. Jadi bunga kertaslah jawapannya! Dengan bunga kertas, tak perlu lagi risau tentang alahan debunga di majlis bersejarah nanti.
Lebih Mudah Menguruskan Persiapan Secara Awal

Mengurus majlis perkahwinan berjalan dengan sempurna dan lancar bukanlah sesuatu yang mudah untuk di lakukan. Terutama perkara berkaitan dekorasi untuk majlis di mana ia memerlukan masa dan ketelitian pereka hiasan, dengan menggunakan bunga kertas perancang majlis dan pereka hiasan dapat menguruskan persiapan majlis lebih awal.
Dan jika terdapat sebarang penambahan atau pertukaran ianya mudah untuk di lakukan kerana menggunakan bunga kertas.
Guna Bunga Kertas Lebih Menarik Dan Menyeronokan

Lagi pun menggunakan bunga kertas ia memberikan idea segar dan kelainan dalam majlis perkahwinan raja sehari. Bukan saja ia kelihatan menarik, malah kerja-kerja melakukan dekorasi juga menjadi lebih menyeronokan.
Ada yang guna bunga kertas untuk majlis perkahwinan akan datang?
The post Kenapa Bunga Kertas Lebih Popular Dari Bunga Sebenar Dalam Majlis Perkahwinan appeared first on Wanista.com.