Walaupun Malaysia tidak tersenarai dalam Top 10 untuk Miss Universe 2019 yang sedang berlangsung di United States of America, itu tidak mematah semangat kita sama sekali.
Sekurang-kurangnya Malaysia masih boleh berbangga kerana baru sahaja menerima gelaran “Kostum Terbaik” di Miss Universe 2019 yang diumumkan sebentar tadi.
Trending di Twitter menyaksikan pengacara Steve Harvey melakukan kesilapan yang sama dilakukan beliau saat mengumumkan pemenang Miss Universe tahun 2015 lepas. Kali ini, Steve mengumumkan nama Filipina sedangkan pemenangnya adalah Malaysia. Mungkin pengacara dah boleh tukar ni..
Cerita Disebalik Kostum Kebangsaan Malaysia

Kostum yang disarung oleh Shweta Sekhon ini bertemakan A Peranakan Indulgence (Mendalami Budaya Peranakan) yang diinspirasikan daripada elemen Baba dan Nyonya.
“Kaum Peranakan punya sejarah yang sangat tinggi nilai estetikanya dan ini dapat dilihat menerusi penghasilan seni pakaiannya, maka ini yang kami rancang di peringkat awal.
“Saya gunakan konsep ini dan menggayakan setiap perincian dengan yang melambangkan kepelbagaian di Malaysia termasuk penggunaan kain sarung, songket dan dimasukkan dengan aksesori-aksesori berwarna terang dan semestinya ini melambangkan keraian, ” ujar pereka fesyen Carven Ong kepada Astro Awani.
Kostum seberat 28 kilogram ini disiapkan dalam tempoh tiga bulan bagi memastikan bahan yang digunakan tidak membebankan Shweta yang akan menggayakannya.
Tahniah Malaysia!
The post Tahniah Malaysia Menang Kostum Terbaik Di Miss Universe 2019! appeared first on Wanista.com.