Teringat pelakon Sharifah Sakinah pernah ditegur netizen gara-gara ketiaknya yang hitam dan berupa seperti ‘kulit ayam’, di mana miliki bintik-bintik halus, pori yang besar dan berkedut. Dapat bayangkan tak?
Ketiak merupakan bahagian tubuh yang sering ditutupi, namun ada juga yang gemar menyarung pakaian yang terbuka sehingga menampakkan ketiak mereka. Yang menjadi masalah apabila keadaan ketiak yang hitam dan kasar, di samping menyebabkan bau badan yang parah. Sudah tentu ia sangat menjengkelkan, mengganggu keyakinan diri dan ketidak selesaan.

Agar tidak dilabel ketiak ‘kulit ayam’, pakar dermatologi berkongsi cara yang betul untuk merawat ketiak.
#1 Lakukan pengelupasan
Pengelupasan secara berkala tapa membantu mencegah ketiak ‘kulit ayam’. Mengendurkan folikel rambut dengan mengeluarkan sel-sel kulit mati dan sisa-sisa deodoran akan mengurangkan keradangan pada ketiak anda. Ahli dermatologi mencadangkan guna kain lap atau gosok lembut ketiak dalam satu arah. Jangan menggosok terlalu kuat kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan dan kegelapan. Gosok sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk melihat hasilnya.
#2 Beralih kepada sabun lembut untuk elak kerengsaan
Seperti yang anda ketahui sekarang, kulit pada ketiak nipis dan sangat sensitif, jadi basuh dengan sabun keras hanya membuatkan ketiak makin kering, sehingga mencetuskan gatal-gatal dan keradangan. Jadi guna sabun pelembap, tanpa wangian, pelembab untuk mencuci ketiak anda.

#3 Guna toner atau serum yang mengandungi ciri pengelupasan seperti retinol dan asid glikolik
Retinol dan asid glikolik membantu menanggalkan lapisan atas kulit (tanpa perlu membersihkan), oleh itu ia dapat membantu mencegah kulit ayam. Akan tetapi sentiasa ingat bahawa kulit pada ketiak lebih nipis dan lebih sensitif berbanding kulit wajah, jadi gunakan dengan berhati-hati atau dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu.
#4 Melabur dalam rawatan laser untuk keputusan yang cepat dan jangka panjang
Memanglah agak mahal, tapi rawatan laser boleh mengurangkan pertumbuhan rambut sehingga beberapa bulan bahkan ada yang bertahun, bergantung pada jenis rawatan. Rawatan melembapkan seperti microdermabrasion ringan and chemical peels dapat membantu [memperbaiki tekstur ketiak] kamu.

#5 Cara minimumkan ketiak ‘kulit ayam’ semasa bercukur
- Gantikan pisau cukur anda dari semasa ke semasa. Apabila anda menggunakan pisau tumpul, anda mungkin meletakkan lebih banyak tekanan pada ketiak. Menggunakan pisau tajam akan mengurangkan anda bercukur berulang kali.
- Lembapkan ketiak anda. Sesetengah losyen dan krim mungkin mengandungi wangian dan minyak sintetik yang boleh mengganggu ketiak sensitif anda. Cuba gunakan minyak bunga matahari semulajadi untuk meminimumkan risiko tindak balas. Kaya dengan vitamin E, minyak berasaskan tumbuhan terkenal kerana keupayaannya untuk melegakan kulit yang teriritasi dan melembutkan rambut ketiak itu sendiri! Urut beberapa titisan minyak pada ketiak anda sebelum tidur dan basuh keesokan harinya.
Di harap maklumat di atas dapat merawat ketiak ‘kulit ayam’ korang. Jangan muka je cantik tapi anggota badan lain tak jaga!
Selamat Beramal!
The post Rupa Ketiak Macam “Kulit Ayam”, Rawat Ikut Cara Pakar Dermatologi appeared first on Wanista.com.