Siapa yang tidak mahu tampil kelihatan cantik dan menyerlah semasa menghadiri acara prom night di sekolah atau universiti, sebut saja pasal prom night pasti isu perbualan berkisar tentang gaun yang akan di pakai untuk acara atau majlis tersebut bukan?
Biasanya wanita akan cari gaun yang sesuai atau kena dengan bentuk tubuh mereka serta mencari gaun dengan rekaan yang terkini kerana ingin kelihatan menonjol semasa di night prom nanti.
Tapi tahu tak, jika kamu memakai gaun prom night mengikut warna personaliti diri. Meski kamu tidak memakai gaun yang extravagan pun, orang sekeliling akan perasan terhadap kehadiran kamu.
Ini adalah warna personaliti dapat menarik perhatian orang sekeliling dan sekaligus mereka akan memberi perhatian terhadap kamu dan ini akan membuatkan kamu berasa seolah-olah telah menjadi ratu prom!
Berikut wanista senaraikan warna gaun mengikut personaliti dan mungkin ada antara yang di senaraikan merupakan warna gaun personaliti kamu.
Gaun Warna Hitam – Matang

Memakai gaun berwarna hitam menunjukan personaliti diri yang elegan, klasik, bijaksana, matang dan misteri. Jika kamu memiliki personaliti seperti ini, nah gaun prom berwarna hitamlah yang sesuai untuk kamu pakai. Satu lagi warna hitam juga mempunyai keunikan dan aura yang tersendiri.
Gaun Warna Putih – Tenang

Gaun berwarna putih sesuai bagi yang memiliki personaliti yang bersih, innocent, adil dan tenang. Dengan memakai gaun prom dengan warna yang dapat menonjolkan personaliti diri kamu, pasti ada yang mencuri pandang di malam prom nanti.
Gaun Warna Merah – Berkeyakinan

Memakai gaun warna merah melambangkan personaliti yang berkeyakinan, berani, kuat, bertenaga dan tegas. Bagi kamu yang bersikap lantang dan berani, maka memakai gaun berwarna merah adalah keputusan yang betul untuk kamu.
Gaun Warna Warna Pic – Delicate

Warna pic menggambarkan personaliti diri yang delicate, tenang, lemah lembut dan sopan. Memakai gaun berwarna pic dengan personaliti yang sama akan menonjolkan aura diri kamu yang tersembunyi. Bertuahlah kamu kerana mempunyai personaliti seperti ini!
Gaun Warna Ungu – Anggun

Bukan semua orang mampu pakai gaun berwarna ungu kerana tidak serasi dengan jiwa atau personaliti diri. Warna ungu melambangkan personaliti yang anggun, elegan, di sanjungi, mewah dan bangsawan. Jika kamu punya personaliti seperti ini, komfem kamu akan menjadi tumpuan di malam prom nanti kerana aura elegan, anggun dan bangsawan kamu terserlah menerusi warna gaun yang kamu pakai.
Pilih gaun prom night dengan warna-warna yang sesuai dan mengikut personaliti kamu kerana ia akan memancarkan aura diri yang kamu tak pernah sangka ada dalam diri!
Good luck girls!
The post 101 Tips Cari Warna Gaun Prom Night Ikut Personaliti Kamu appeared first on Wanista.com.