Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506

Gemar Makan Kentang Bikin Punggung Makin Besar

$
0
0

Baiklah punggung besar memang cantik, tapi jika terlalu besar ala-ala Kim Kardashian dengan saiz pinggang yang kecil, rasanya agak pelik dan cacat figura.

Pernah tak anda dengar orang kata “makan kentang banyak sangat boleh buat punggung makin besar dan melebar”?

Ada sebilangan individu mengelak makan kentang. Mereka beranggapan kandungan karbohidrat dalam kentang menyumbang kepada pertambahan berat badan seterusnya ke punggung. Tanpa disedari tindakan itu merugikan mereka kerana kentang mempunyai sumber karbohidrat yang di dalamnya kaya dengan pelbagai zat makanan.

Foto – Pinterest

Tahukah Jurnal Nutrition Today melaporkan diet seimbang mengandungi makanan kaya karbonhidrat semula jadi seperti pada dengan nutrien, berupaya menambah baik prestasi fizikal. 

Kentang sebagai sajian harian berkhasiat dan menjadi sumber tenaga dalam memperkasakan mereka yang aktif terutama atlet. Jurulatih Kecergasan, Kimberly Yap, mengatakan kentang menjadi pilihan atlet yang menggantikannya dengan pengambilan karbohidrat lain sebagai sumber tenaga utama.

Khasiat Kentang

  • Kentang mengandungi zat cecair yang membantu berasa kenyang lebih lama.
  • Kandungan serat bagus untuk sistem penghadaman.
  • Vitamin C dan B5 mempunyai manfaat untuk kesihatan tubuh dan kecantikan kulit.
  • Kandungan vitamin B memperkecilkan pembentukan tumor serta mengurang risiko penyakit gangguan saraf.
  • Kentang mengandungi zat ‘karotenoid’, yang bermanfaat bagi kesihatan jantung dan organ internal tubuh lain.
  • Vitamin B6 dan asid folat salah satu zat penting untuk meningkatkan kecerdasan otak.
  • Kandungan zat besi dan tembaga yang tinggi bagus untuk nutrisi otak.
Foto – Hindustan Times

Ramai beranggapan kentang mampu menggemukkan badan dan membesarkan punggung apabila melihatkan menu-menu yang tidak sihat seperti kentang goreng, kentang lenyek, atau mungkin sup kentang berkrim. Namun kentang sebenarnya cukup berkhasiat malah tergolong dalam sayuran bebas lemak. Kentang yang sihat adalah kentang yang tidak dikupas kulitnya. Senipis-nipis kulitnya, di situlah tersembunyi nutrien penting untuk kesihatan.

Yang membezakan nutrien dari hidangan berasaskan kentang hanyalah dari cara anda menyediakan kentang itu. Jadi cuba bayangkan kentang goreng yang anda makan – dengan minyak yang digunakan, teknik menggoreng, bukankah semua itu hanya mengundang kepada masalah kesihatan semata.

Foto – The Cozy Cook

Kesimpulan kentang tinggi karbohidrat jadi jika anda makan banyak dan tidak melakukan apa-apa senaman maka tubuh anda menyimpan karbohidrat yang berlebihan sebagai lemak. Makan kentang jika tidak terkawal (setiap hari mengambil kentang) boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan, jumlah tertentu akan pergi ke punggung.

Nak makan boleh tapi kawal secara teratur!

P/S – Tapi kalau korang memang nak besarkan punggung, kentang rahsianya.

RUJUKAN : 12345

The post Gemar Makan Kentang Bikin Punggung Makin Besar appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506