Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14511

Cari Beg Tangan Baru Dalam Koleksi Musim Bunga 2020 Charles & Keith

$
0
0

Lagi beberapa minggu, kita semua akan memasuki tahun yang baru dan rasanya tidak sah apabila memasuki tahun baru tidak membeli barang-barang baru bukan. Mungkin ada yang tidak sabar atau sedang menunggu ketibaan tahun baru bagi mendapatkan koleksi-koleksi barang seperti beg tangan,kasut, pakaian dan aksesori dari jenama kegemaran masing-masing.

Bagi yang sedang mencari beg tangan atau kasut baru, kamu mungkin berminat untuk mendapatkan koleksi terbaru dari jenama Charles & Keith. Baru-baru ini Charles & Keith membuat preview koleksi musim bunga 2020, melihat rekaan beg tangan dan kasut yang cantik-cantik dengan konsep kontemporari dan funky menjadikan ia antara koleksi yang berbaloi untuk dimiliki.

Foto – Charles and Keith

Bagi yang ingin mencari beg tangan dan kasut yang baru, Charles & Keith menawarkan koleksi-koleksi beg tangan dan kasut yang pasti akan membuatkan kamu tidak senang duduk. Koleksi musim bunga Charles & Keith untuk tahun depan menampil empat koleksi berlainan konsep yang pastinya menepati citarasa kamu semua.

Antara koleksi yang bakal tiba di Malaysia adalah Ground Zero, Playground, Core Power dan Tropical Escape. Keempat-empat koleksi musim bunga 2020 ini menampilkan rekaan kasut dan beg tangan untuk wanita yang inginkan sesuatu yang baru pada musim bunga nanti.

Ground Zero

Foto – Arkib Wanista

Koleksi beg tangan dan kasut dalam Ground Zero ini menampilkan rekaan dengan elemen futuristik dengan sentuhan inovasi dalam dunia fesyen.

Bagi koleksi ini Charles & Keith menggunakan bahan-bahan seperti mesh knit dan sheer fabric bagi menonjolkan stail yang ringan dan versatil sesuai untuk wanita moden masa kini.

Playground

Foto – Arkib Wanista

Koleksi Playground pula dihasilkan menerusi inspirasi semangat yang ceria bersama corak-corak warna-warni yang popular dalam aktiviti sukan.

Dalam koleksi Playground ini, beg tangan dan kasut yang dihasilkan menampilkan corak grafik dan jalur dari permainan sukan yang popular seperti tennis dan bola keranjang. Rekaan ini sesuai untuk wanita yang ingin bergaya secara santai dan berstail.

Core Power

Foto – Arkib Wanista

Dalam koleksi Core Power pula, beg tangan dan kasut yang di pamerkan menampilkan konsep rekaan dressy yang sesuai digunakan setiap hari. Setiap rekaan pada kasut dan beg tangan yang terdapat dalam koleksi Core Power ini mengutamakan stail yang feminin, sesuai untuk golongan wanita yang mempunyai ciri-ciri feminin dan fancy. 

Tropical Escape

Foto – Arkib Wanista

Koleksi Tropical Escape pula menampilkan ciri rekaan yang mewah dengan sedikit sentuhan musim bunga yang sporty. Penggunaan warna-warna seperti oren, beige, mint blue dan slate blue menjadikan ia antara koleksi yang versatil dan feminin yang mewah. Sesuai untuk di bawa ke pejabat ataupun sekadar keluar berjalan-jalan.

Ke semua beg tangan dan kasut dalam koleksi musim bunga dari Charles & Keith ini boleh didapati di butik Charles & Keith pada bulan Januari 2020 nanti!

The post Cari Beg Tangan Baru Dalam Koleksi Musim Bunga 2020 Charles & Keith appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14511