Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502

Orang Bijak Dedah Cara Berdepan Dengan Individu Biadap

$
0
0

Setiap daripada kita pasti pernah berdepan dengan individu biadap. Individu sebegini ada di mana sahaja, sama ada melalui percakapan lisan, bahasa tubuh badan atau di alam maya (komen menghina dari keyboard warrior).

Sering kali bila anda membalas si biadap, anda rasa satu perasaan negatif menguasai diri. Ya, anda tidak boleh mengawal kelakukan orang lain tetapi anda juga tidak mahu diprovokasikan oleh sikap tidak sopan seseorang. Jadi apa yang anda lakukan?

Foto – Wikihow

Apabila berhadapan dengan tingkah laku toksik, sama ada dari orang asing yang tidak dikenali, rakan sekerja yang mengganggu, atau kawan yang sombong, ini beberapa kaedah yang digunakan oleh orang bijak untuk mengendali individu biadap.

Berdepan dengan kebaikan

Ramai merasakan bila anda berhadapan dengan individu sebegini, anda kena membalasnya dengan kata-kata negatif juga. Salah satu cara terbaik untuk meredakan tingkah laku kasar dan negatif ialah untuk kekal mesra dan positif. Ini memberi peluang kepada individu tersebut untuk tenang dan menyesuaikan tingkah laku mereka dengan anda. Kebaikan boleh menjadi penawar yang luar biasa terhadap kekasaran. Lagi satu dengan menetapkan contoh yang tenang dan sopan, ini sekaligus dapat memberi refleksi kepada individu itu.

Kekal tenang

Tak guna jika dibalas dengan kekasaran. Hitung 1 hingga 10 dalam hati secara perlahan-lahan. Sambil itu, tarik nafas sedalam mungkin dan sebut di dalam hati “tidak berbaloi untuk biadap dengan biadap”. Kemudian hembuskan nafas. Menarik nafas yang dalam menghantar mesej kepada otak untuk bertenang.

Foto – Tiny

Guna humor untuk meredakan keadaan

Ingat ketika ini individu biadap berada dalam keadaan yang tegang dan bimbang, kerana dia mungkin marah atau kecewa tentang sesuatu yang mereka lakukan. Jadi pemilihan tutur kata sangat penting agar tidak mengeruhkan suasana. Sebaiknya anda respon dengan guraun ‘manja’ yang tidak membuatkan hati dia bertambah panas. Berjenaka ringan dengan berkongsi pengalaman sendiri yang boleh relate dengan individu kurang ajar itu. Humor yang merendah diri berkemungkinan akan membuatkan dia malu sendiri dengan sikapnya itu.

Straight to the point

Satu lagi taktik untuk menghentikan suasana tegang dengan berdepan dengan dia secara face to face. Jika dia merupakan rakan sekerja, datang di depan dan tatap mata dia, tanyalah apa yang berlaku dalam nada yang perlahan dan teratur. Jika dia salah, tegur dia secara baik dan jangan menuding jari yang hanya membuatkan suasana bertambah tegang.

Foto – World Boxing

Berdiam diri dan dengar

Kunci mulut dari berkata-kata! Dengar apa yang dituturkan dan cari isi percakapan. Ingat, cari isi dan abaikan emosi. Biadap lawan dengan biadap, sampai bila pun tak selesai ketegangan yang berlaku. Berdiaam diri pada peringkat awal ini bagus untuk elak kita daripada tersalah cakap.

Ingat bila berhadapan dengan individu ini, jangan sesekali cepat melatah. Tenang dan dengarlah kedua-dua denagn teliti.

RUJUKAN : 123

The post Orang Bijak Dedah Cara Berdepan Dengan Individu Biadap appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502