Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506

Berdebar Jantung Main SkyVR Di Resorts World Genting!

$
0
0

Sempena musim cuti sekolah ini, Resorts World Genting bawakan tarikan yang terbaru menerusi permainan realiti maya yang cukup gempak dan canggih. Kehebatan kuasa realiti maya sering diperkatakan oleh peminat teknologi virtual dan kini alam maya ini dapat dirasai menerusi permainan yang menarik di SkyVR, Resorts World Genting.

Resorts World Genting ingin memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman pengembaraan dunia maya menerusi permainan realiti maya di SkyVR.

Menurut  Naib Presiden Eksekutif Leuisure dan Hospitaliti Resorts World Genting, Permainan realiti maya SkyVR adalah yang pertama di Asia dan di Malaysia. Di SkyVR pengunjung dapat mengalami sendiri pengalaman VR yang terkini di Asia.

Foto – Resorts World Genting

Permainan SkyVR di Resorts World Genting menawarkan lima pengalaman yang menakjubkan untuk anda terokai seperti VirtuGlobe, XD Theater, Vortex, RoboCoaster dan SkyGlider VR. Permainan yang ditawarkan meliputi pengembaraan antara galaksi sehinggalah permainan yang mesra seiri keluarga.

Berdebar Jantung Main SkyVR

Di dalam SkyVR ini, ke semua permainan yang ditawarkan kepada pengunjung akan membuatkan pengunjung tidak berhenti menjerit. Bagi yang ingin habiskan masa semasa musim cuti sekolah ini, destinasi yang patut anda jelajahi dan terokai adalah di SkyVR.

Bukan saja permainan yang ada di SkyVR membuatkan anda teruja, malah ia juga akan membuatkan jantung anda berdebar melihat realiti maya yang sangat canggih.

XD Theatre

Foto – Arkib Wanista

XD Theatre merupakan permainan berasaskan simulator dengan pelbagai fungsi sensor yang menggemparkan. Permainan ini sesuai untuk seisi keluarga dengan jumlah tampungan pengunjung sebanyak 32 orang. Anda akan dapat merasai pengalaman interaktif yang hebat dari alam maya.

Anda perlu menembak dan menewaskan penjahat sambil melalui perjalanan dimensi yang mengujakan! Permainan ini merupakan tarikan terbesar di Malaysia dan ianya telah dibina oleh TrioTech dari Kanada. Hebat betul!

VirtuGlobe

Foto – SkyVR (VirtuGlobe)

VirtuGlobe pula akan membawa anda merasai dan alami sendiri persekitaran VR yang bebas pergerakan, apabila bermain VirtuGlobe anda dapat menentukan pengalaman yang diingini secara bebas dan mengikut citarasa masing-masing.

Rupa-rupanya permainan ini digunakan oleh pihak ketenteraan di seluruh dunia bagi melatih kakitangan mereka dalam pelbagai persekitaran. Dan kini kita semua berpeluang merasai sendiri menerusi permaina di SkyVR, Genting.

Vortex

Foto – SkyVR (Vortex)

Vortex merupakan permainan dengan konsep pergerakan platform sambil memakai goggles untuk melihat alam maya yang sangat menakjubkan dengan grafik ultra-realistik bersama getaran pada platform. Permainan Vortex ini mampu menampung 12 penumpang dan ia merupakan permainan pertama di Asia.

RoboCoaster

Foto – SkyVR (RoboCoaster)

Ingin merasai pengembaraan sambil menaiki roller-coaster VR, maka RoboCoaster adalah jawapannya. Menerusi permainan RoboCoaster ini, anda akan di bawa ke alam robotik yang belum pernah ditemui sebelum ini. Ia memaparkan struktur dan makhluk-makhluk yang aneh di mana anda boleh melihatnya secara 360 darjah!

SkyGlider VR

Foto – SkyVR (SkyGlider VR, gambaran di alam maya)

Jika anda berani berada di tempat tinggi, maka permainan SkyGlider VR ini adalah permainan yang tepat untuk anda. Menerusi permainan SkyGlider VR ini akan dapat merasai bagaimana seorang peluncur udara meluncur di udara.

Foto – SkyVR (SkyGlider)

Peluncur akan duduk di atas kerusi yang boleh di ikat dan merasai sendiri kebehatan meluncur menerusi permainan dunia maya. Permainan SkyGlide VR ini mempunyai tiga tahap kemahiran iaitu permulaan, pertengahan dan lanjutan. Para peluncur dapat melihat dunia dari perspektif berbeza pada ketinggian beberapa ratus meter dari udara!

Permainan SkyVR ini terletak di Aras 2, Taman Tema Tertutup Skytropolis di Resorts World Genting dan ianya dibuka setiap hari dari 10 pagi sehingga 10 malam. Bayaran dikenakan untuk setiap kali anda ingin menaiki permainan tersebut.

Bagi yang ingin jimat, anda boleh dapatkan Kombo Penjimatan Luar Biasa A yang disediakan caranya anda boleh membeli kombinasi pas masuk sehari Taman Tema Tertutup Skytropolis beserta kredit Tap & Play untuk bermain SkyVR. Layari laman web Resorts World Genting untuk mengetahui lebih lanjut!

The post Berdebar Jantung Main SkyVR Di Resorts World Genting! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506