Sebut saja pasal sandal, pastinya terbayang pelbagai jenis rekaan-rekaan sandal dari pasaran luar negara mahupun dalam negara. Sebenarnya banyak kedai-kedai lokal yang menjual sandal yang cantik-cantik dan berkualiti seperti sandal jenama luar negara cuma kita kena mencari kedai tersebut.
Tambahan lagi kasut yang di jual oleh kedal lokal pastinya lebih murah dan warnanya pula menepati citarasa orang tempatan juga, betul tak!

Disini wanista senaraikan enam kedai lokal yang menjual sandal feminin yang minimalis dengan warna-warna tanah yang menarik perhatian.
#1 Christy Ng
Christy Ng Shoes merupakan salah satu jenama kasut lokal yang boleh kamu beli secara online di Instagram. Setiap rekaan kasut dan sandalnya mampu menyerlahkan penampilan kamu! Malah harga sandal yang dijual juga mampu milik, selain itu Christy Ng juga menjual flats, kasut tumit tinggi, wedges dan banyak lagi pilihan kasut yang lain.
Melihat sandal dengan warna seakan warna tanah ini menampilkan ciri feminin bersama rekaannya minimalis dan kontemporari. Bagi yang ingin mencuba kasut jenama Christy Ng ini, kamu boleh berkunjung ke butik Christy Ng yang terletak di 1 Utama, AEON Tebrau City, My Town, KL SOGO, Mid Valley KL dan Mid Valley Southkey.
#2 Kulet
Mahukan sandal daripada kulit haiwan asli dan harga yang berpatutan, maka kedai jenama Kulet ini adalah pilihan terbaik untuk kamu. Kulet merupakan jenama kasut tempatan yang menawarkan aneka jenis kasut seperti sandal, kasut tumit tinggi dan wedges untuk wanita moden masa kini.
Dengan rekaan sandal yang ringkas dan elegan ia menjadikan jenama Kulet antara jenama lokal yang menghasilkan sandal dan kasut yang berkualiti. Produk dari Kulet juga banyak bermain dengan warna-warna tanah bagi menyerlahkan aura feminin wanita.
Sandal jenama Kulet ini boleh di beli secara online di Instagram, ke semua jenis kasut dan sandal yang keluarkan oleh Kulet ini cukup berkualiti dan moden setanding dengan sandal dari luar negara.
#3 Nelissa Hilman
Nelissa Hilman merupakan jenama lokal yang semakin meningkat naik dan jenama Nelissa Hilman sudah sampai sehingga ke Singapura!
Ramai wanita yang suka dengan kasut minimalis yang di keluarkan oleh Nelissa Hilman ini dan satu lagi adalah semua rekaan kasut serta sandalnya mengikut trend semasa.
Sandal Nelissa Hilman ini boleh di beli secara terus di Instagram atau menerusi laman web Nelissa Hilman. Bagi yang ingin mencuba kasut dan sandal sendiri, kamu boleh berkunjung ke butik Nelissa Hilman yang terletak di Bangsar dan sekitar Kuala Lumpur.
#4 FRKL21
Jangan terkejut mengetahui jenama kasut wanita ini di miliki oleh seorang jejaka yang bernama Ashhry Atan. Banyak kasut-kasut yang dikeluarkannya di peraga oleh artis-artis tempatan kita dan boleh dikatakan semua kasut mahupun sandalnya mengikut trend terkini.
Melihat pelbagai jenis sandal wedges jenama FRKL21 ini, mampu membuatkan para wanita jadi rambang mata di buatnya. Patutlah ramai yang beli kasut jenama FRKL21 ini, bukan saja rekaannya menarik malah pilihan warna juga memang menepati citarasa wanita!
Rekaan sandal dari FRKL21 ini juga sangat menarik perhatian malah harganya juga berpatutan untuk dimiliki. Bagi yang ingin membeli sandal ini, kamu boleh membeli secara online atau berkunjung terus ke butik FRKL21 di The Strand, Kota Damansara.
#5 The Geroboc
Pilihan kasut-kasut di The Geroboc pasti akan membuatkan kamu rasa geram! The Geroboc merupakan salah satu jenama lokal yang mendapat tempat di hati wanita tempatan. Setiap rekaan yang dihasilkan oleh The Geroboc akan menyerlahkan penampilan si pemakai. Antara kasut yang menjadi perhatian para wanita adalah kasut tumit tinggi, flats dan sandal. Dan kasut-kasut ini dijual dengan harga mampu milik, untuk mendapatkan sandal atau kasut The Geroboc kamu boleh membeli secara online atau berkunjung ke butik The Geroboc yang terletak di The Strand, Kota Damansara.
#6 Femes Factory
Pernah dengar Femes Factory, ala yang jual sandal kepala ikan tu. Jenama Femes Factory cukup terkenal dengan rekaan sandalnya yang berbentuk kepala ikan dan menjual sandal yang sedondon untuk ibu dan anak. Femes Factory ini merupakan jenama kasut lokal sangat diminati oleh kaum ibu di Malaysia.
Rekaan sandal yang minimalis dan sesuai untuk di pakai oleh ibu dan anak menarik perhatian ramai kaum ibu. Tambahan lagi sandal-sandal dari jenama Femes Factory ini sangat ringan dan memberi keselesaan kepada si pemakai. Sandal ini boleh di beli secara dalam talian dengan harga mampu milik.
Siapa kata produk tempatan tak setanding produk luar negara, lihat sandal-sandal yang dihasilkan oleh jenama tempatan ini sangat berkualiti dan menepati citarasa wanita tempatan 100 peratus. Dengan konsep rekaan sandal yang minimalis dapat menyerlahkan penampilan feminin si pemakai, jadi lepas ni kamu tak perlu cari sandal jenama luar negara kerana sandal jenama lokal setaraf antarabangsa juga!
Bukan saja harga berpatutan, rekaan juga sangat memikat jiwa dan paling penting mudah untuk didapati baik secara dalam talian mahupun membeli terus di butik.
The post Beli Sandal Feminin & Minimalis Secara Online Di Instagram appeared first on Wanista.com.