Apa yang anda rasa bila ditanya perihal seksualiti peribadi? Rasa canggung? Tidak sopan? Mungkin itu yang dirasakan penyanyi kegilaan Harry Styles.
Sejak mengeluarkan lagu bertajuk “Lights Up”, peminat dan netizen membuat spekulasi tentang seksualiti Harry Styles. Ramai menyatakan Harry adalah biseksual kerana bait lirik dan muzik video, tetapi Harry mengambil pendekatan berdiam diri dan langsung tidak memberi sebarang komen.
Tetapi selepas mengeluarkan album penuh “Fine Line”, sekali lagi netizen membawang seksualiti Harry Styles dan inginkan kenyataan dari penyanyi muda itu.
Menerusi wawacara bersama Guardian, Harry ditanya mengenai “apakah dia biseksual atau tidak.”
“Ya, ramai yang tanya. Tapi saya tak tahu. Ini bukan bermakna, saya tidak memberitahu anda semua kerana saya tidak mahu.
“Ini soal, siapa yang peduli? Itu lebih masuk akal.
“Dari segi bagaimana saya mahu berpakaian, dan apa yang saya mahu letakkan dalam album, saya cenderung untuk membuat keputusan dengan setiap kolaborator yang saya bekerja. Jadi tidak timbul isu saya mahu kelihatan seperti biseksual, atau homoseksual, atau mungkin heteroseksual, tetapi saya fikir kerana ia membuatkan saya nampak cool.

Kenapa seksualiti seseorang dijadikan persoalan bermain di minda? Jawapan Harry sangat ringkas dan padat, jadi hormatilah jika dia tidak mahu berkongsi tentang hal ini kepada orang ramai.
The post Ini Jawapan Harry Styles Bila Ditanya Tentang Seksualiti Yang Biseksual appeared first on Wanista.com.