Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14504

Luar Biasa! Beribu Ikan Bentuk Zakar Lelaki Terdampar Di Pantai California

$
0
0

Ikan berbentuk buah zakar lelaki, bagaimana rupanya?

Beribu ikan berbentuk zakar lelaki atau dinamakan ikan penis yang berukuran 10 inci terdampar di pantai Drakes, California Utara selepas dibawa oleh ribut petir yang sangat kuat. Seorang jurugambar yang tinggal berhampiran melihat fenomena yang mengejutkan ini terus mengambil gambar dan menghantar foto berkenaan kepada Ivan Parr seorang ahli biologi tempatan untuk siasatan.

Foto – www.businessinsider.my

Melihat lambakan cacing yang berbentuk seperti alat sulit lelaki di pantai Drakes yang mana separuh darinya masih hidup dan selebihnya di makan oleh burung camar yang berterbangan di sekitar pantai tersebut.

Ikan penis ini biasanya tinggal di dalam pasir tetapi selepas ribut petir melanda, ikan penis ini terdampar di pantai Drakes.

Foto – Sains Kompas

Ikan penis merupakan sejenis cacing innkeeper gemuk yang di kenali sebagai Urechis Caupo dalam bahasa sainstifik, meski haiwan ini merupakan ahli keluarga cacing tetapi ia tetap disebut sebagai ‘Ikan Penis’.

Bukan Pertama Kali Terdampar Di Pantai

Ini bukan kes pertama ikan penis ini di lihat membanjiri pantai selepas berlaku badai besar, pada tahun 2010 dan 2016 di mana badai angin ribut El Nino berlaku telah menyebabkan ikan penis membanjiri pantai di Pajaro Dunes, Moss Landing, Bodega Bay dan Princeton Harbor.

Setiap kali badai besar melanda pasti kejadian sebegini akan berlaku dan ianya mengejutkan penduduk melihat jumlah ikan penis yang membanjiri pantai.

Ikan penis ini dikatakan mampu membesar sehingga 19 inci dan cara hidup mereka adalah dengan menggali lubang berbentuk huruf U sedalam beberapa meter. Ikan penis ini selaputi dengan mucus yang dapat membantu mereka memerangkap plankton dan bakteria untuk di makan.

Makanan Istimewa Orang Asia

Jangan terkejut mengetahui ikan penis ini adalah menu makanan istimewa bagi sesetengah negara di Asia seperti Jepun, China dan Korea Selatan. Bukan saja ikan penis ini menjadi santapan lazat untuk manusia tetapi ia juga merupakan menu kegemaran buat haiwan seperti burung camar, ikan jerung dan ikan pari.

Ikan penis ini banyak di jual di pasar-pasar ikan di Jepun, Korea Selatan dan juga China. Tubuh ikan yang lembik dan lembut ini menjadikan ia sebagai menu istimewa bagi orang Asia.

Ada yang dah mencuba ikan penis ni?

RUJUKAN: 1, 2, 3

 

The post Luar Biasa! Beribu Ikan Bentuk Zakar Lelaki Terdampar Di Pantai California appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14504