Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502

Apa Istimewa Sangat Aurum Theatre GSC Sampai Harga Tiket RM150

$
0
0

Hah tiket berharga RM150, biar betul?

Wanista nak perkenalkan Aurum Theatre di GSC Movies. Aurum Theatre hanya terdapat di dua lokasi terpilih sahaja buat masa ini – The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru dan The Gardens Mall, Kuala Lumpur.

Foto – Arkib Wanista

Apa kelainan Aurum Theatre berbanding pawagam lain?

Dinamakan sempena perkataan Latin dan elemen kimia yang mewakili emas. Aurum menawarkan dewan pawagam berprestij, disertakan restoran mewah Jin Gastrobar, serta layanan dan perkhidmatan yang lebih baik dan selesa. Satu pengalaman gaya hidup mewah yang luar biasa tidak mungkin ada di pawagam lain.

Mempunyai 7 pilihan dewan dengan setiap satu konsep berbeza, satu bilik khas untuk tempahan peribadi dan acara, kafe dan perkhidmatan penuh dari petugas (anda boleh memanggil mereka pada bila-bila masa sahaja).

Getha Lux Suites

Deko hiasan dalaman oleh arkitek terkenal Itali, Marco Fumagalli. Getha Lux Suites dilengkapi dengan kemudahan meja siap dengan lampu peribadi, pengecas tanpa wayar dan USB untuk peranti mudah alih, dan ruang untuk menyimpan barangan peribadi. Harga tiket untuk dewan Getha Lux Suites adalah RM150 seorang.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Escape Studios

Direka untuk individu yang inginkan pengalaman lebih fun, unik, adventure, Escape Studios miliki tiga pilihan dewan berbeza. Harga tiket yang ditawarkan ialah RM120 setiap seorang.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Comfort Studios

Comfort Studios dibina untuk individu mahukan privasi yang membolehkan mereka menonton wayang tanpa sebarang gangguan serta selesa. Comfort Studios dilengkapi dengan kemudahan pengecas tayar wayar, lampu peribadi, dan laci untuk barang-barang, yang terletak di sisi setiap kerusi. Harga sama seperti Escape Studios, RM120 setiap seorang.

Foto – Arkib Wanista

Menarik? Teruja? Mungkin harganya agak ‘cekik darah’ tapi jika anda ingin rasai pengalaman manis ini, boleh buat tempahan di [www.gsc.com.my] atau pergi sahaja aplikasi GSC Mobile.

Sesekali kejutkan yang tersayang, apa salahnya. Tepuk dada tanya selera!

The post Apa Istimewa Sangat Aurum Theatre GSC Sampai Harga Tiket RM150 appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502