Wanita mana yang tidak ingin kelihatan cantik bukan, dengan sambutan Krismas pula semakin dekat menghampiri.
Pasti ramai wanita yang sakan mencari barang-barang mekap yang cantik-cantik dan sesuai sempena hari Krismas dan musim cuti sekolah ini. WYCON Cosmetics baru saja keluarkan koleksi mekapnya yang terbaru iaitu Koleksi WYCON Bling Bling.
Melihat barisan koleksi mekap yang bersinar ini mampu membuatkan jiwa wanita menjadi goyang apabila melihatnya. Bukan saja koleksi yang dikeluarkan sangat menepati citarasa wanita moden masa kini. Malah bungkusannya barang-barang mekapnya juga sangat cantik dan elegan.

Sebut saja pasal gaya mekap, pasti terkeluar semua teknik-teknik dan idea melaram yang terpedam dalam diri. Dengan mengguna teknik dan barang mekap yang betul, wajah kamu akan kelihatan bersinar bak bintang semasa hari Krismas dan cuti sekolah ini dengan koleksi WYCON Bling Bling.
Rangkaian Mekap Wajah
Bling Bling Highlighter (RM119)

Ingin tampil muka yang cantik dan menonjol, Bling Bling Highlighter akan berikan sentuhan berkilauan pada wajah dan badan dengan bau harum yang sangat menyenangkan!
I’m Perfect Face Palette (RM136)

I’m Perfect Face Palette menampilkan gabungan antara matte blush dan highlighter di mana ia akan memberikan wajah menjadi tona wajah menjadi cerah dan bersinar.
Ready To Set Compact Powder (RM103)

Bedak merupakan satu produk mekap yang sangat penting bagi wanita dan ianya hadir dengan pelbagai jenis bedak mengikut fungsi yang berbeza bergantung kepada jenis kulit muka. Tetapi dengan mekap Ready To Set Compact Powder ini, ia di reka khas untuk ke semua jenis kulit muka.
Kesan bedak yang ringan dan natural akan membuatkan muka menjadi flawless dan mengurangkan ketidaksempurnaan muka dengan mudah.
Cover it Concealer (RM76)

Concealer berfungsi untuk menutupi atau menyamarkan kekurangan yang terdapat pada muka seperti jerawat, liang pori, bekas jerawat, bintik merah dan lingkaran hitam bawah mata.
Dengan Cover it Concealer ia akan membantu menutup segala kekurangan pada muka dengan mudah dan pantas serta menjadikan kulit berasa lembut dan licin.
Pearl Power-Shiny Bronzer (RM106)

Ingin dapatkan sentuhan dan kesan yang cerah bersinar pada wajah, Pearl Power-Shiny Bronzer ini akan membuatkan tona kulit menjadi cerah dan sekata dengan kesan super water glow yang tip top!
Pump It Up Foundation (RM149)

Ini bukan sembarangan foundation, ianya adalah krim foundation yang telah di inovasikan menjadi gel-mousse dengan tekstur yang lembut serta menyerap ke dalam kulit dengan mudah dan lancar.
What Women Want – Perfect Palette (RM206)

Tiada apa yang dapat memuaskan wanita dengan set palet yang cantik seperti set What Women Want – Perfect Palette yang terdiri daripada highlighter, bronzer, bedak, dua berus dan lapan warna pembayang mata yang cukup versatil.
Rangkaian Mekap Mata
Diamond Dust Eyeshadow (RM76)

Koleksi WYCON Bling Bling menawarkan aneka warna pembayang warna yang berkilauan bersama metal-glitter untuk memberikan sentuhan berkilau pada mata!
Lash Treatment-Length Stimulator (RM89)
Bulu mata juga memerlukan nutrisi dan khasiat yang mencukupi untuk tumbuh panjang dan kuat. Dengan serum ini, kamu akan memiliki bulu mata yang panjang dan juga kuat.

Lash Express Mascara (RM83)
Maskara hitam gelap dengan berus khas yang elastik dapat memberus dan melingkarkan bulu mata dengan kuat, sambil dapat membuatkan mata kamu kelihatan besar dan menawan.
All Eyes Want Palette (RM119)

Set pembayang mata lengkap dengan 12 warna hangat dan nude ini mempunyai tekstur yang ringan dan ianya mudah di blend bersama warna lain bagi memberi kesan pembayang mata yang cantik dan menawan mengikut teknik dan gaya mekap kamu.
Rangkaian Mekap Bibir
Velvet Lips (RM89)

Inginkan bibir tampak seksi dan menggoda dengan gincu jenis matte, rangkaian Velvet Lips ini adalah gincu yang sesuai untuk kamu jadikan sebagai sentuhan terakhir mekap.
Stylographic Lipstick (RM76)

Jika kamu ingin kelihatan matang dan profesional maka gincu Stylographic Lipstics ini adalah pilihan yang tepat untuk diri kamu. Bukan saja warna-warnanya vibrant malah ia juga dapat memberikan impak pada aura diri kamu.
Twenty Four Carats (RM83)

Gincu Twenty Four Carats ini akan membuatkan bibir kamu berkilauan dan bersinar bak bintang. Dengan warna-warna metalik bersama hyper-pigmented sebagai sentuhan akhir ia akan membuatkan wajah kamu di sinari dengan kilauan cahaya gitu.

Bagi yang ingin mendapatkan koleksi mekap WYCON Bling Bling ini, kamu boleh berkunjung ke butik WYCON Cosmetics yang berada di Mid Valley dan Sunway Pyramid.
Jom jadi cantik masa musim cuti dan Krismas nanti dengan koleksi mekap WYCON Bling Bling!
The post Nak Cantik Masa Krismas, Guna Mekap Koleksi WYCON Bling Bling appeared first on Wanista.com.