Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14497

K-Drama Black Dalam Versi Malaysia, Kamal Adli Dan Siti Saleha Pelakon Utama

$
0
0

Siapa di sini pernah menonton drama Korea berjudul “Black”, lakonan Song Seung-heon dan Go Ara?

K-Drama Black. Foto – Twitter

Nak tahu drama tersebut kini dibuat dalam versi Malaysia pula dan bakal ditayangkan eksklusif di Viu, laman streaming terkemuka.

Siri yang merupakan adaptasi format Korea terbitan CJ E&M dengan nama sama akan diselitkan dengan elemen Mitologi Melayu yang bersesuaian dengan masyarakat tempatan. Siri ini dibintangi oleh pelakon popular seperti Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Zoey Rahman dan ramai lagi.

Dalam siri asal Korea, Black merupakan kisah sebuah drama fantasi cinta dan seram yang mengikuti Grim Reaper yang telah memasuki dunia manusia dan telah jatuh cinta dengan seorang wanita yang boleh meramal kematian.

Tunjang utama Black versi Malaysia ialah Kamal Adli dan Siti Salaha. Foto – Arkib Wanista

Versi Malaysia

Adaptasi Viu menggantikan konsep grim reaper dengan bunian (makhluk ghaib dari dimensi lain) dan bermula dengan misi Black (dilakonkan oleh Kamal Adli)  ke alam manusia untuk mencari rakannya yang sedang diburu. Melanggar peraturan orang bunian, Black (dilakonkan oleh Kamal Adli) menghuni badan Malik, seorang pegawai polis yang telah mati, dan menggunakan identiti Malik untuk memudahkan siasatannya. Walaupun membenci manusia kerana “cara primitif’ mereka, Black tertarik dengan Sofia (dilakonkan oleh Siti Saleha), seorang wanita yang berupaya meramalkan kematian dan menjadi kunci penting dalam misi Malik. Kecewa dengan dirinya, Malik mula jatuh cinta dengan Sofia (satu lagi peraturan yang dilanggar). Pada pertengahan cerita, mereka terperangkap dengan kes pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan lebih 20 tahun yang membawa mereka kembali kepada kisah silam yang dikongsi bersama.

Trailer

Black bakal ditayangkan dengan empat episod berturut-turut pada 17 dan 24 Disember secara eksklusif di Viu.

The post K-Drama Black Dalam Versi Malaysia, Kamal Adli Dan Siti Saleha Pelakon Utama appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14497