Bertenang semua bukan Deepika Padukone kena simbah asid tapi ini merupakan filem barunya yang akan ditayangkan pada Januari 2020.
Bintang terkenal Bollywood, Deepika Padukone bakal muncul dalam sebuah filem baru yang mana ia diangkat dari kisah sebenar mangsa serangan asid, Laxmi Agarwal. Deepika akan membawa watak sebagai Laxmi dalam filem arahan Meghna Gulzar.

Naskhah penuh tragis ini diangkat dari kisah seorang gadis berusia 15 tahun bernama Laxmi Agarwal yang disimbah dengan asid di mana dia terpaksa menjalani beberapa pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya. Selepas pulih, dia nekad untuk membantu mangsa serangan asid dan mempromosikan kempen untuk menghentikan serangan asid.
Menerusi Chhapaak, Deepika dikehendaki mengenakan solekan kesan khas yang merubah keseluruhan wajahnya. Ternyata bila pertama kali berkongsi di media sosial, peminat terkejut dengan transformasi Deepika dan tidak sabar mahu melihat Deepika beraksi.
Kata Deepika:
“Apabila saya mendapat tahu mengenai kisah ini, saya berasa sangat terharu kerana ia bukan hanya satu keganasan tetapi kekuatan dan semangat, harapan dan kejayaan. Ia memberikan impak kepada saya secara peribadi dan kreatifnya, saya perlu melakukan lebih lagi dan saya ambil keputusan untuk menjadi penerbit,” ujarnya.
Trailer
Chhapaak menandakan filem pertama Deepika selepas perkahwinannya dengan Ranveer Singh tahun lepas. Chhapaak dijadualkan akan memula tayangan pada 10 Januari tahun depan.
The post Muka Deepika Padukone Rosak Teruk Akibat Simbahan Asid appeared first on Wanista.com.