Lagi 24 jam menunggu detik tibanya hari esok tanggal 25 Disember 2019, hari Krismas yang di tunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Menyambut hari keriangan bersama ahli keluarga dan juga sahabat handai pada cuti Krismas pada tahun ini pasti lebih menyeronokkan, lebih-lebih lagi dapat bersama-sama meluangkan masa menonton filem di panggung wayang.
Tapi filem yang bakal di tonton ini bukan sembarangan filem, ianya adalah filem ala teater muzikal yang sarat dengan intipati rencah kehidupan dan ragam manusia yang ditonjolkan menerusi watak “kucing” dalam filem CATS yang bakal berada di pawagam pada 26 Disember 2019, khamis ini.
Filem CATS, Bukan Sekadar Teater

Ya, filem yang menampilkan rencah kehidupan manusia ini dapat dilihat menerusi pembawaan watak-watak ‘kucing’ yang di lakonkan oleh ramai barisan pelakon-pelakon hebat antaranya adalah James Corden, Judi Dench, Jason Derulo, Idris Elba, Jennifer Hudson, Ian McKellen, Taylor Swift, rebel Wilson dan juga Francesca Hayward yang merupakan penari balet dari Royal Ballet yang menjadikan filem CATS ini sebagai pentas debutnya dalam industri perfileman.
Filem CATS ini menampilkan ‘kucing’ yang dikenali sebagai ‘Jellicle’. Kucing jellicle ini menampilkan pelbagai jenis karakter, sikap dan perjalanan hidup yang dilalui oleh kucing-kucing jellicle ini.
Apa yang menarik, setiap penceritaan karakter-karakter ‘kucing-kucing’ tersebut ditonjolkan menerusi tarian muzikal yang cukup berbeza-beza mengikut jenis-jenis ‘kucing’ yang muncul dalam filem tersebut.
Filem CATS menampilkan pelbagai variasi stail tarian dan muzik bersesuaian dengan watak-watak ‘kucing’ yang muncul dalam filem.
Bukan saja teknik tarian ‘kucing-kucing’ ini sangat hebat, malah jalan cerita yang disusun juga sangat cantik dan menjadikan intipasti yang cuba disampaikan dalam filem muzikal ini mudah difahami oleh penonton.
Bukan “Kucing”Biasa

Filem CATS ini menampilkan karakter-karakter ‘kucing’ yang penuh dengan ceritera unik masing-masing sambil mempamerkan pelbagai jenis tarian yang pastinya memukau pandangan mata penonton.
Bukan itu saja, lagu-lagu yang dinyanyikan oleh ‘kucing-kucing’ ini mempunyai menghantar mesej-mesej yang sarat dengan nilai-nilai murni dan harus dijadikan pengajaran.
Antara watak-watak ‘kucing Jellicle’ dalam teater muzikal yang bakal membuatkan kamu teruja adalah ini, jika kamu menonton filem CATS hari Khamis ini, beri perhatian pada ‘kucing-kucing’ ini ya!
Francesca Hayward Sebagai Victoria

Jennifer Hudson Sebagai Grizabella

Idris Elba Sebagai Macavity

Taylor Swift Sebagai Bombalurina

Sinopsis Filem CATS

Perjalanan yang bermula pada satu malam di mana, sekumpulan kucing yang di kenali sebagai Jellicle berkumpul dan kucing-kucing ini perlu membuat “the Jellicle Choice” di mana kucing terpilih akan dapat menaiki lapisan “Heaviside Layer” untuk memulakan kehidupan yang baru.
Saksikan perjalanan kucing-kucing ini menerusi tarian dan jalan cerita yang penuh dengan pengajaran dan nilai sempena sambutan hari Krismas ini di pawagam. Filem CATS akan ditayangkan pada 26 Disember 2019.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem teater muzikal ‘kucing’ ini bersama yang tersayang, confirm ada yang menitis air mata nanti, jom tonton filem CATS hari khamis ini!
The post Terpukau! Filem CATS Bukan Sekadar Teater Biasa, Wajib Tonton Krismas Ini appeared first on Wanista.com.