Perasan tak kebelakangan ini cuaca agak mendung, dingin, dan adakalanya hujan dari pagi ke malam.
Bagi menjaga kulit wajah kekal lembap dan bermaya sepanjang hari, Wanista perkenalkan produk Swiss Image yang diformulakan untuk musim sejuk.
Swiss Image Essential Care terdiri daripada tiga produk utama, iaitu Mattifying Face Wash Gel, Refreshing and Mattifying Toner, dan Absolute Hydration Day Cream. Bersama-sama ini membentuk triniti rutin penjagaan wajah yang membersih, toning dan melembap – langkah-langkah penting dalam mencapai kulit yang sihat dan berseri.
Formula Unik Dalam Swiss Image

Sangat mudah dengan tiga langkah sahaja! Diformulakan dengan inovasi Swiss dan dihasilkan dari satu persekitaran ekologi paling tulen di dunia, tiga produk tersebut mengandungi Alpine Glacier Water, bahan kecantikan suci yang hanya terdapat di Swiss Alps, yang membolehkan pengguna menikmati sifat penghidratan, vitamin dan mineral yang menyediakan nutrien yang berharga untuk kecergasan kulit.
Kini semua rakyat Malaysia boleh menikmati faedah-faedah menggunakan bahan-bahan unik dan premium dengan tiga produk utama dari Swiss Image Essential Care, yang menonjolkan rutin penjagaan kulit untuk perlindungan kulit, khasiat serta keyakinan.

Semua produk Swiss Image bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti Paraben, PEG dan Phthalates, dan disahkan HALAL.
Produk Swiss Image boleh didapati di Watsons terpilih, Watsons E-commerce dan Shopee Malaysia.
Info lanjut, boleh pergi ke Facebook Swiss Image Malaysia.
The post Muka Kering Sebab Cuaca Sejuk, Korang Patut Pakai Produk Swiss Image appeared first on Wanista.com.